Lagu Pujian
1Pujilah TUHAN! Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN; pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia!
2Bergembiralah, hai orang Israel, kerana Pencipta kamu; bersukacitalah, hai penduduk Sion, kerana Raja kamu!
3Pujilah nama-Nya dengan tarian; pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.
4TUHAN berkenan kepada umat-Nya; Dia memberikan kemenangan kepada orang yang bergantung kepada-Nya.
5Hendaklah umat Allah bersukacita kerana mereka menang, dan bernyanyi dengan gembira sepanjang malam.
6Hendaklah mereka memuji Allah dengan bersorak-sorak, sambil memegang pedang yang tajam
7untuk mengalahkan bangsa-bangsa, dan menghukum rakyat mereka;
8untuk membelenggu raja-raja dan merantai pemimpin mereka,
9untuk menghukum bangsa-bangsa menurut perintah Allah. Itulah kemenangan umat Allah. Pujilah TUHAN!
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan