Raja Pilihan Allah
1Mengapakah bangsa-bangsa membuat huru-hara dan rakyat merancangkan yang sia-sia?
2Raja-raja dunia memberontak, para pemerintah berkomplot menentang TUHAN dan raja pilihan-Nya.
3Mereka berkata, "Marilah kita bebaskan diri daripada kekuasaan mereka, marilah kita gulingkan pemerintahan mereka."
4Dari takhta-Nya di syurga TUHAN tertawa dan mencemuh rancangan mereka.
5Dia menegur mereka dengan marah, dan menakutkan mereka dengan kemurkaan-Nya.
6Dia berfirman, "Di Sion, bukit-Ku yang suci, Aku telah menabalkan raja-Ku."
7Raja bertitah, "Aku akan mengumumkan apa yang dinyatakan oleh TUHAN. Dia berfirman kepadaku, ‘Engkaulah anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapamu.
8Mintalah, maka semua bangsa akan Kuberi kepadamu, dan seluruh bumi akan Kujadikan milikmu.
9Engkau akan menghancurkan mereka dengan pemerintahan tangan besi; engkau akan menghancurkan mereka seperti periuk tanah.’"
10Bertindaklah dengan bijak, hai raja-raja; dengarlah amaran ini, hai pemerintah dunia!
11Berbaktilah kepada TUHAN dengan hormat;
12bersujudlah di hadapan-Nya dengan gementar; jangan sampai TUHAN murka lalu kamu dibinasakan dengan tiba-tiba kerana cepat sekali kemurkaan-Nya menyala. Berbahagialah semua orang yang berlindung kepada-Nya!
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan