Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 21 >> 

Pujian kerana Kemenangan

1Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. (21-2) Raja bergembira, ya TUHAN, kerana Engkau menguatkan raja; raja bersukacita kerana kemenangan yang Engkau berikan kepadanya.

2(21-3) Engkau telah memenuhi segala hasrat hatinya; Engkau telah mengabulkan permintaannya.

3(21-4) Engkau datang kepadanya dengan berkat yang berlimpah, dan mengenakan mahkota emas di atas kepalanya.

4(21-5) Raja meminta hidup, maka Engkau pun memberikan hidup kepadanya, bahkan umur panjang untuk selama-lamanya.

5(21-6) Kemuliaannya besar kerana pertolongan-Mu; Engkau telah memberi raja kemasyhuran dan keagungan.

6(21-7) Berkat-Mu kepadanya berlanjutan, dan hadirat-Mu membuat raja sangat girang.

7(21-8) Raja yakin kepada TUHAN Yang Maha Tinggi; baginda selalu selamat kerana sentiasa dikasihi TUHAN.

8(21-9) Raja akan menangkap semua musuhnya; raja akan menawan semua orang yang membenci baginda.

9(21-10) Raja datang seperti api yang menyala-nyala untuk memusnahkan mereka. TUHAN akan membinasakan mereka oleh kemurkaan-Nya, dan api akan menghanguskan mereka.

10(21-11) Raja akan membunuh semua anak mereka, dan menghapuskan semua keturunan mereka.

11(21-12) Mereka membuat rancangan, dan berkomplot menentang raja, tetapi mereka tidak akan berjaya.

12(21-13) Raja akan melepaskan anak panah ke arah mereka, dan membuat mereka berpatah balik dan lari.

13(21-14) Kami memuji Engkau, ya TUHAN, kerana besarlah kuasa-Mu! Kami akan menyanyi dan memuji keperkasaan-Mu.



 <<  Mazmur 21 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel