Doa Orang yang Tidak Bersalah
1Mazmur Daud. Berilah aku keadilan, ya TUHAN, kerana aku melakukan yang benar, dan aku percaya kepada-Mu dengan sepenuhnya.
2Periksalah aku, ya TUHAN, dan ujilah aku, selidiklah keinginanku dan fikiranku.
3Kasih-Mu membimbing aku; kesetiaan-Mu sentiasa memimpin aku.
4Aku tidak bergaul dengan orang yang tidak berguna; aku tidak berhubungan dengan orang yang berpura-pura.
5Aku membenci pergaulan dengan orang jahat, dan aku menjauhkan diri daripada penjahat.
6Ya TUHAN, aku membasuh tanganku tanda tidak bersalah, dan aku mengelilingi mazbah-Mu untuk menyembah Engkau.
7Aku menyanyikan sebuah mazmur dan memberitakan segala perbuatan-Mu yang ajaib itu.
8Ya TUHAN, aku mengasihi Rumah kediaman-Mu, tempat yang penuh dengan kemuliaan-Mu.
9Janganlah musnahkan aku bersama-sama orang berdosa; lindungilah aku daripada nasib pembunuh,
10iaitu orang yang sentiasa melakukan kejahatan dan selalu sedia menerima rasuah.
11Tetapi aku hidup dengan tulus hati; kasihanilah dan selamatkanlah aku.
12Aku selamat daripada segala bahaya; aku akan memuji TUHAN dalam perhimpunan umat-Nya.
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan