Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 54 >> 

Doa Minta Perlindungan

1Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud, (54-2) pada masa orang Zif pergi kepada Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud bersembunyi di kawasan mereka. (54-3) Selamatkanlah aku dengan kuasa-Mu, ya Allah; bebaskanlah aku dengan kekuatan-Mu.

2(54-4) Dengarlah doaku, ya Allah; endahkanlah kata-kataku.

3(54-5) Orang sombong datang menyerang aku, orang zalim ingin membunuh aku, mereka tidak menghiraukan Allah.

4(54-6) Tetapi Allah ialah penolongku, Tuhan ialah pembelaku.

5(54-7) Biar Allah menghukum musuhku dengan kejahatan mereka. Ya Allah, binasakanlah mereka kerana Engkau setia kepadaku.

6(54-8) Ya TUHAN, aku rela mempersembahkan korban kepada-Mu; aku mengucap syukur kepada Engkau kerana kebaikan-Mu.

7(54-9) Engkau telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan, dan aku telah melihat musuhku dikalahkan.



 <<  Mazmur 54 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel