Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 60 >> 

Doa Minta Tolong

1Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Bunga Bakung Kesaksian. Mazmur Raja Daud, (60-2) ketika baginda memerangi orang Aram-Mesopotamia dan orang Aram-Zoba, dan ketika Yoab pulang dan membunuh 12,000 orang Edom di Lembah Masin. (60-3) Ya Allah, Engkau telah menolak kami dan mengalahkan kami; Engkau murka terhadap kami, tetapi kini kembalilah kepada kami!

2(60-4) Engkau telah menggempakan bumi sehingga belah; perbaikilah yang pecah kerana bumi goyah.

3(60-5) Engkau telah menyebabkan umat-Mu mengalami penderitaan berat, sehingga kami terhuyung-hayang seperti orang mabuk.

4(60-6) Engkau telah memberikan amaran kepada orang yang menghormati Engkau, supaya mereka terlepas daripada kebinasaan.

5(60-7) Selamatkanlah kami dengan kuasa-Mu; kabulkanlah doa kami, supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.

6(60-8) Dari kediaman-Nya yang suci, Allah berfirman, "Aku akan bersorak dan membahagi-bahagikan tanah Sikhem, dan mengagihkan Lembah Sukot kepada umat-Ku.

7(60-9) Gilead dan Manasye kepunyaan-Ku, Efraim topi besi-Ku, dan Yehuda tongkat pemerintahan-Ku.

8(60-10) Tetapi Moab hanya tempat pembasuhan-Ku; kepada Edom Aku lemparkan kasut-Ku, sebagai tanda bahawa Edom milik-Ku. Adakah orang Filistin berfikir bahawa mereka akan bersorak kerana mengalahkan Aku?"

9(60-11) Siapakah yang akan membawa aku ke dalam kota yang berkubu itu? Siapakah yang akan membawa aku ke Edom?

10(60-12) Ya Allah, adakah Engkau sudah menolak kami? Tidakkah Engkau maju bersama-sama tentera kami?

11(60-13) Tolonglah kami melawan musuh, kerana pertolongan manusia tidak berguna.

12(60-14) Bersama dengan Allah, kita akan berjaya; Dialah yang akan mengalahkan musuh kita.



 <<  Mazmur 60 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel