Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 68 >> 

Lagu Kemenangan

1Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Lagu. (68-2) Allah bangkit dan mencerai-beraikan musuh-Nya. Orang yang membenci Dia lari daripada-Nya.

2(68-3) Allah mengusir mereka seperti angin meniup asap; orang jahat binasa di hadirat Allah seperti lilin mencair di dalam api.

3(68-4) Tetapi umat Allah bergirang dan bersukacita di hadirat-Nya; mereka bersorak-sorak dengan gembira.

4(68-5) Nyanyilah kepada Allah, pujilah nama-Nya; sediakanlah jalan bagi Dia yang mengendarai awan. Namanya TUHAN -- bergiranglah di hadirat-Nya!

5(68-6) Allah yang tinggal di tempat kediaman-Nya yang suci, memelihara anak yatim dan melindungi balu.

6(68-7) Dia memberikan keluarga kepada yang tidak ada saudara-mara, dan membebaskan orang tawanan sehingga mereka bahagia; tetapi pemberontak akan tinggal di tanah gersang.

7(68-8) Ya Allah, ketika Engkau memimpin umat-Mu, ketika Engkau menyeberangi gurun,

8(68-9) bumi bergoncang dan langit mencurahkan hujan, kerana kedatangan-Mu, Allah yang berfirman di Sinai, kedatangan Allah umat Israel.

9(68-10) Engkau menurunkan hujan yang lebat, serta memulihkan tanah yang gersang,

10(68-11) lalu umat-Mu tinggal di sana; demi kebaikan-Mu, Engkau memelihara orang papa.

11(68-12) Tuhan memberikan perintah-Nya, lalu banyak wanita membawa berita:

12(68-13) "Raja-raja dan tentera mereka sudah lari!" Kaum wanita di rumah membahagikan barang rampasan, dan yang tinggal menjaga domba pada masa perang

13(68-14) mendapat patung burung merpati yang diliputi perak, yang sayapnya disaluti emas berkilauan.

14(68-15) Allah Yang Maha Kuasa mencerai-beraikan raja-raja di sana seperti salji turun di Gunung Zalmon.

15(68-16) Betapa besarnya gunung Basan, gunung yang mempunyai banyak puncak!

16(68-17) Mengapakah dari puncakmu yang banyak itu, engkau memandang dengan cemburu terhadap Bukit Sion yang dipilih Allah untuk kediaman-Nya? TUHAN akan tinggal di sana selama-lamanya.

17(68-18) Dengan puluhan ribu kereta kuda-Nya yang besar, Tuhan datang dari Sinai ke tempat yang suci itu.

18(68-19) Dia naik ke tempat yang tinggi, membawa banyak orang tawanan bersama-sama-Nya, dan menerima ufti daripada pemberontak. TUHAN Allah akan tinggal di sana.

19(68-20) Pujilah Tuhan, kerana Dialah yang menyelamatkan kita; setiap hari Dia menanggung beban kita.

20(68-21) Allah kita TUHAN yang menyelamatkan; Dialah yang membebaskan kita daripada kematian.

21(68-22) Allah tentu akan meremukkan kepala musuh-Nya, mereka yang terus hidup dalam dosa.

22(68-23) Tuhan berfirman, "Aku akan membawa musuh kamu kembali dari Basan, Aku akan membawa mereka kembali dari lautan yang dalam,

23(68-24) supaya kamu dapat mencuci kaki dalam darah mereka, dan anjing kamu menjilat darah itu dengan sepuas-puasnya."

24(68-25) Perarakan kemenangan-Mu dilihat oleh semua orang, ya Allah, perarakan Allahku, Rajaku, masuk ke tempat kediaman-Nya.

25(68-26) Para penyanyi berjalan di hadapan, pemain muzik di belakang, dan gadis pemain tamburin di antara mereka.

26(68-27) "Pujilah Allah di tengah umat-Nya; pujilah TUHAN, hai semua keturunan Yakub!"

27(68-28) Benyamin, suku yang terkecil berjalan di hadapan, kemudian ketua-ketua Yehuda bersama dengan kumpulan mereka, diikuti oleh ketua-ketua Zebulon dan Naftali.

28(68-29) Tunjukkanlah kuasa-Mu, ya Allah, kuasa yang telah Engkau gunakan bagi kami.

29(68-30) Di Rumah-Mu, di Yerusalem, raja-raja mempersembahkan ufti kepada-Mu.

30(68-31) Tegurlah Mesir, binatang liar itu yang di tengah-tengah gelagah; tegurlah bangsa-bangsa, sekumpulan lembu jantan itu serta anak-anak mereka, sehingga mereka semua bersujud dan mempersembahkan perak kepada-Mu. Cerai-beraikan mereka yang gemar berperang!

31(68-32) Duta-duta dari Mesir datang membawa gangsa; orang Etiopia begegas membawa ufti kepada Allah.

32(68-33) Nyanyilah bagi Allah, hai kerajaan-kerajaan dunia, nyanyikanlah pujian kepada Tuhan,

33(68-34) kepada Dia yang melintasi langit purba. Dengarlah Dia berseru dengan kuat.

34(68-35) Isytiharkanlah kuasa Allah; Dia memerintah seluruh Israel, kuasa-Nya kelihatan di angkasa.

35(68-36) Sungguh mengagumkan Allah kita waktu Dia keluar dari tempat kediaman-Nya, Allah umat Israel memberikan kuasa dan kekuatan kepada umat-Nya. Pujilah Allah!



 <<  Mazmur 68 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel