Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 7 >> 

Doa Minta Keadilan

1Ratapan Daud, yang dinyanyikan kepada TUHAN kerana Kus, orang Benyamin itu. (7-2) Ya TUHAN, Allahku, aku berlindung kepada-Mu; selamatkanlah dan lepaskanlah aku daripada semua orang yang memburu aku.

2(7-3) Jangan biarkan mereka seperti singa yang menerkam dan menyeret aku ke tempat yang tiada seorang pun dapat menyelamatkan aku.

3(7-4) Ya TUHAN, Allahku, jika aku pernah berbuat jahat, jika aku mengkhianati sahabat, atau melakukan keganasan terhadap musuh tanpa sebab,

4(7-5) (#7:3)

5(7-6) biarlah musuhku memburu dan menangkap aku, lalu membunuh dan meninggalkan aku dalam debu!

6(7-7) Bangkitlah dengan kemurkaan-Mu, ya TUHAN, dan tentanglah keganasan musuh-musuhku! Bangkitlah dan tolonglah aku, kerana keadilanlah yang Engkau tuntut.

7(7-8) Himpunkanlah bangsa-bangsa di sekeliling-Mu, dan perintahlah mereka dari takhta-Mu di syurga.

8(7-9) Engkaulah yang menghakimi semua manusia. Berilah aku keadilan, ya TUHAN, kerana aku tidak bersalah.

9(7-10) Hentikanlah kejahatan orang durjana, dan berikanlah pahala kepada orang yang baik, kerana Engkau Allah yang adil, Engkau menyelami hati dan fikiran.

10(7-11) Pelindungku ialah Allah; Dia menyelamatkan mereka yang mentaati-Nya.

11(7-12) Allah ialah hakim yang adil, yang sentiasa menghukum mereka yang jahat.

12(7-13) Jika kelakuan mereka tidak berubah, Allah akan mengasah pedang-Nya. Dia menyiapkan dan melengkungkan busur-Nya;

13(7-14) Dia mengambil senjata-Nya yang berbahaya dan melancarkan anak panah-Nya yang bernyala.

14(7-15) Lihatlah cara orang jahat memikirkan kejahatan; mereka merancangkan kekacauan dan melakukan penipuan.

15(7-16) Mereka memasang perangkap untuk orang lain, tetapi mereka sendiri jatuh ke dalamnya.

16(7-17) Demikianlah mereka terhukum oleh kejahatan sendiri, dan tercedera oleh keganasan mereka sendiri.

17(7-18) Aku mengucap syukur kepada TUHAN kerana Dia adil, aku menyanyikan pujian kepada TUHAN, Yang Maha Tinggi.



 <<  Mazmur 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel