Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 9 >> 

Doa Kesyukuran kerana Allah Adil

1Untuk pemimpin koir. Menurut lagu Mut-Laben. Mazmur Daud. (9-2) Aku akan memuji Engkau dengan segenap hatiku, TUHAN, dan menceritakan segala keajaiban yang telah Engkau lakukan.

2(9-3) Aku akan menyanyi dengan riang kerana Engkau, dan menyanyikan pujian kepada-Mu, Yang Maha Tinggi.

3(9-4) Ketika Engkau muncul, musuhku berpatah balik; mereka jatuh tersandung lalu mati.

4(9-5) Engkau memerintah sebagai hakim yang adil, dan Engkau telah membela perkaraku.

5(9-6) Engkau telah menghukum bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu, dan membinasakan orang jahat; mereka tidak akan dikenang lagi.

6(9-7) Musuh kami lenyap selama-lamanya; Engkau telah memusnahkan kota-kota mereka, dan mereka dilupakan sama sekali.

7(9-8) Tetapi TUHAN memerintah selama-lamanya; Dia mendirikan takhta-Nya untuk menghakimi dunia.

8(9-9) Dia memerintah dunia dengan adil, dan menghakimi rakyat dengan saksama.

9(9-10) TUHAN adalah pernaungan bagi orang yang ditindas, tempat perlindungan pada masa kesusahan.

10(9-11) Mereka yang mengenal Engkau yakin kepada-Mu, ya TUHAN; sesiapa pun yang datang kepada-Mu tidak Kautinggalkan.

11(9-12) Pujilah TUHAN yang memerintah di Sion! Beritakanlah perbuatan-Nya kepada setiap bangsa!

12(9-13) Allah ingat akan mereka yang menderita; Dia tidak melupakan tangisan mereka, Dia menghukum orang yang berlaku kejam terhadap mereka.

13(9-14) Kasihanilah aku, ya TUHAN! Lihatlah, musuhku menyengsarakan aku. Selamatkanlah aku daripada maut, ya TUHAN,

14(9-15) supaya aku dapat memuji Engkau di hadapan penduduk Yerusalem. Aku akan bersorak gembira kerana Engkau menyelamatkan aku.

15(9-16) Bangsa-bangsa yang tidak mengenal Engkau jatuh ke dalam lubang yang digali mereka sendiri; mereka memasang perangkap, tetapi mereka sendiri terperangkap.

16(9-17) TUHAN menyatakan diri-Nya dengan keputusan yang adil; orang jahat terperangkap oleh perbuatan mereka sendiri.

17(9-18) Maut ialah kesudahan semua orang jahat, semua orang yang menolak Allah.

18(9-19) Orang miskin tidak selamanya dilupakan; orang papa tidak selamanya kehilangan harapan.

19(9-20) Bangkitlah, ya TUHAN, hakimilah bangsa-bangsa, jangan biarkan manusia terlepas daripada hukuman.

20(9-21) Buatlah mereka takut, ya TUHAN; sedarkanlah mereka bahawa mereka itu hanya insan.



 <<  Mazmur 9 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel