Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 4 >> 

Keturunan Yehuda daripada cabang lain

1Anak-anak Yehuda: Peres, Hezron, Karmi, Hur, dan Syobal.

2Anak Reaya anak Syobal ialah Yahat, kemudian anak-anak Yahat ialah Ahumai dan Lahad. Itulah kaum-kaum orang Zora.

3Inilah anak-anak Etam: Yizreel, Isma, dan Idbas. Nama saudara perempuan mereka ialah Hazelelponi.

4Penuel ialah bapa Gedor, dan Ezer ialah bapa Husa. Itulah anak-anak Hur, anak sulung Efrata, bapa Betlehem.

5Asyur, bapa Tekoa, mempunyai dua orang isteri, iaitu Hela dan Naara.

6Naara melahirkan baginya Ahuzam, Hefer, Temeni, dan Ahastari. Itulah anak-anak Naara.

7Anak-anak Hela: Zeret, Yezohar, Etnan.

8Kos bapa kepada Anub, Hazobeba dan kaum-kaum Aharhel anak Harum.

9Yabes lebih dimuliakan daripada saudara-saudaranya. Ibunya menamai dia Yabes, kerana katanya, “Aku telah melahirkan dia dengan susah.”

10Yabes berseru kepada Allah Israel, katanya, “Kiranya Engkau memberkati aku berlimpah-limpah dan memperluas daerahku. Kiranya tangan-Mu menyertai aku dan menjaga aku daripada malapetaka, supaya aku tidak disusahkannya.” Allah mengabulkan apa yang dimintanya itu.

11Kelub, saudara Suha, beranakkan Mehir, iaitu ayah Eston.

12Eston beranakkan Bet-Rafa, Paseah, dan Tehina, bapa Ir-Nahas. Itulah suku kaum Rekha.

13Anak-anak Kenas: Otniel dan Seraya. Anak-anak Otniel: Hatat dan Meonotai.

14Meonotai beranakkan Ofra. Seraya beranakkan Yoab, iaitu bapa kaum Lembah Tukang yang dinamai sedemikian kerana mereka itu para tukang.

15Anak-anak Kaleb anak Yefune: Iru, Ela, dan Naam. Anak Ela: Kenas.

16Anak-anak Yehaleleel: Zif, Zifa, Tireya, dan Asareel.

17Anak-anak Ezra: Yeter, Mered, Efer, dan Yalon. Mered memperisteri Bica, puteri Firaun, lalu perempuan itu melahirkan Miryam, Samai, dan Yisbah, bapa Estemoa.

18Isteri Mered yang lain, seorang perempuan Yehuda, melahirkan Yered, bapa Gedor; Heber, bapa Sokho; dan Yekutiel, bapa Zanoah.

19Anak-anak daripada isteri Hodia, saudara perempuan Naham: bapa Kehila, orang Garmi; dan Estemoa, orang Maakha.

20Anak-anak Simon: Amnon, Rina, Ben-Hanan, dan Tilon. Anak-anak Yisei: Zohet dan Ben-Zohet.

21Anak-anak Syela anak Yehuda: Er, bapa Lekha; Lada, bapa Maresa; dan kaum pengusaha kain linen halus dari Bet-Asybea;

22serta Yokim, orang Kozeba, Yoas, dan Saraf yang menguasai Moab tetapi kemudian kembali ke Lehem. Segala riwayat ini sudah tua.

23Mereka itu tukang periuk, penduduk Netaim dan Gedera. Di sanalah mereka tinggal dan bekerja untuk raja.

Keturunan Simeon

24Anak-anak Simeon: Nemuel, Yamin, Yarib, Zerah, dan Saul.

25Kemudian turun-temurunnya ialah Salum, Mibsam, dan Misma.

26Anak-anak Misma turun-temurun: Hamuel, Zakur, dan Simei.

27Simei mempunyai enam belas orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan, tetapi saudaranya tidak mempunyai ramai anak. Seluruh kaum mereka tidak bertambah ramai sebagaimana bani Yehuda.

28Mereka tinggal di Bersyeba, Molada, Hazar-Sual,

29Bilha, Ezem, Tolad,

30Betuel, Horma, Ziklag,

31Bet-Markabot, Hazar-Susim, Bet-Biri, dan Saaraim. Itulah kota mereka sampai Daud menaiki takhta.

32Desa-desa mereka ialah Etam, Ain, Rimon, Tokhen, dan Asan – lima perkampungan;

33juga semua desa yang ada di sekeliling perkampungan itu sampai ke Baal. Itulah tempat tinggal mereka. Mereka mempunyai salasilah sendiri.

34Selanjutnya Mesobab, Yamlekh, Yosa anak Amazia,

35Yo'el, Yehu anak Yosibya anak Seraya anak Asiel,

36Elyo'enai, Yaakoba, Yesohaya, Asaya, Adiel, Yesimiel, Benaya,

37dan Ziza anak Sifei anak Alon anak Yedaya anak Simri anak Semaya.

38Orang yang disebutkan nama mereka ialah para pemimpin dalam kaum mereka. Kaum keluarga mereka berkembang semakin ramai.

39Mereka pergi ke jalan masuk Gedor sampai ke sebelah timur lembah itu untuk mencari padang rumput bagi kawanan ternakan mereka,

40lalu mereka menemukan padang rumput yang subur dan baik. Negeri itu luas, sentosa, dan aman, kerana orang yang tinggal di sana sebelumnya berasal daripada orang Ham.

41Orang yang tertulis nama mereka datang pada zaman Hizkia, raja Yehuda. Mereka menyerang perkhemahan orang Ham serta orang Meunim yang ada di sana dan menumpaskan mereka itu. Demikianlah sampai hari ini. Mereka menduduki tempat orang itu, kerana di sana terdapat padang rumput bagi kawanan ternakan mereka.

42Sebahagian daripada mereka, iaitu seramai lima ratus orang daripada bani Simeon, berpindah ke Pergunungan Seir. Para ketua mereka ialah Pelaca, Nearya, Refaya, Uziel, dan anak-anak Yisei.

43Mereka membunuh saki-baki orang Amalek yang menyelamatkan diri, lalu mereka tinggal di sana sehingga hari ini.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tawarikh 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel