Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Timotius 5 >> 

Petunjuk dan nasihat

1Jangan marahi orang yang lebih tua daripadamu, tetapi nasihati dia seolah-olah dia bapamu. Nasihati lelaki yang lebih muda daripadamu seperti saudara lelakimu,

2perempuan yang lebih tua seperti ibumu, perempuan yang lebih muda seperti adik perempuanmu, dengan hati yang suci.

3Hormati balu yang benar-benar hidup sebagai balu.

4Tetapi jika seorang balu mempunyai anak cucu, mereka harus terlebih dahulu mengamalkan kesalihan di rumah dan membalas budi orang tua mereka, kerana ini baik dan diredai Allah.

5Seorang balu yang benar-benar hidup sendirian tanpa tempat bergantung hanya berharap kepada Allah dan berdoa siang malam.

6Sebaliknya, seorang balu yang hidup berpelesiran sudah pun mati walaupun masih hidup.

7Suruhlah mereka taati segala ini supaya mereka tidak bercela.

8Sekiranya seseorang tidak menjaga sanak saudaranya, apatah lagi seisi rumahnya sendiri, maka dia menyangkal iman dan lebih buruk daripada orang yang tidak beriman.

9Jangan masukkan ke dalam golongan balu mereka yang berusia di bawah enam puluh tahun. Seseorang boleh digolongkan sebagai balu jika dia bersuami cuma sekali,

10dan terkenal berbuat baik, seperti mengasuh anak-anak, menumpangkan orang luar di rumahnya, melayani orang salih dengan hormat, membantu orang dalam kesusahan, serta sentiasa membuat kebajikan.

11Jangan masukkan balu muda ke dalam golongan ini kerana apabila nafsu mengatasi tumpuan mereka kepada Kristus, mereka hendak berkahwin lagi

12dan dengan demikian dicela kerana mereka telah melanggar ikrar mereka yang pertama.

13Tambahan pula mereka belajar membuang masa merayau dari rumah ke rumah. Bukan itu sahaja, mereka mengumpat dan menjaga tepi kain orang, mengatakan apa yang tidak patut disebutkan.

14Oleh yang demikian aku mahu balu muda berkahwin lagi, mendapat anak dan mengurus rumah tangga, supaya musuh tidak dapat memburukkan nama kita;

15kerana ada yang telah berpaling menurut Iblis.

16Sekiranya seseorang perempuan yang beriman mempunyai ahli keluarga yang kematian suami, dia harus menjaga mereka dan tidak membebani jemaah dengan tanggungjawab itu. Dengan demikian jemaah dapat membantu balu yang tidak ada tempat untuk bergantung.

17Tua-tua yang melaksanakan kewajipannya dengan sempurna layak menerima penghormatan tinggi, terutamanya yang giat menyampaikan firman dan ajaran.

18Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, “Jangan berangus mulut lembu yang sedang mengirik bijian,” dan “Orang yang bekerja layak menerima upah.”

19Jangan percaya tuduhan terhadap seorang tua-tua jemaah melainkan diperkukuh oleh dua tiga orang saksi.

20Apabila orang berbuat dosa, tegurlah mereka di hadapan jemaah supaya yang lain gentar melakukan perbuatan demikian.

21Di hadirat Allah, Kristus Yesus dan malaikat-malaikat yang terpilih, aku mengarahkanmu mematuhi perintah-perintah ini tanpa prasangka atau pilih kasih.

22Jangan terburu-buru meletakkan tangan ke atas seseorang dan jangan turut serta membuat dosa dengan orang. Jaga kesucianmu.

23Jangan minum air sahaja, minumlah sedikit air anggur demi perutmu dan badanmu yang kerap sakit.

24Dosa sesetengah orang ketara lalu dihakimi, manakala dosa sesetengahnya akan ternyata kemudian.

25Demikian juga, sesetengah perbuatan baik terserlah di mata orang, namun yang tidak kelihatan pun tidaklah tersembunyi.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Timotius 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran