Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Tawarikh 14 >> 

1Lalu Abia dibaringkan bersama-sama nenek moyangnya, dan dia dimakamkan di Kota Daud. Maka Asa, anaknya, menaiki takhta menggantikannya. Pada zamannya negeri itu sentosa sepuluh tahun lamanya.

Raja Asa

2Asa melakukan apa yang baik dan benar di mata TUHAN, Allahnya.

3Dia menyingkirkan mazbah-mazbah bangsa asing serta bukit-bukit pemujaan. Dihancurkannya tiang-tiang berhala, dan ditebangnya patung-patung Asyera.

4Diperintahkannya orang Yehuda untuk mencari hadirat TUHAN, Allah nenek moyang mereka, dan untuk melaksanakan hukum serta perintah-Nya.

5Kemudian dia menyingkirkan bukit pemujaan dan mazbah pembakaran dupa dari semua kota di Yehuda. Di bawah pemerintahannya kerajaan itu sentosa.

6Dia membina kota-kota berkubu di Yehuda kerana negeri itu sentosa. Tidak ada yang memeranginya pada tahun-tahun itu. TUHAN memang mengurniakan ketenteraman kepadanya.

7Katanya kepada orang Yehuda, “Mari kita bangunkan kota-kota ini dan mengelilinginya dengan tembok, menara, pintu, serta palang. Negeri ini masih milik kita kerana kita mencari hadirat TUHAN, Allah kita. Kita telah mencari hadirat-Nya dan Dia mengurniai kita ketenteraman di segala penjuru.” Maka mereka pun melaksanakan pembinaan itu dan berhasil baik.

Kemenangan atas Zerah

8Pasukan Asa berjumlah tiga ratus ribu orang dari Yehuda yang membawa perisai besar dan tombak, serta dua ratus lapan puluh ribu orang daripada Benyamin yang membawa perisai kecil dan pandai melenturkan busur. Mereka semua kesateria yang gagah perkasa.

9Suatu kali Zerah, orang Kush, maju menyerang mereka dengan pasukan sebanyak sejuta orang dan tiga ratus buah rata, hingga ke Maresa.

10Asa maju menghadapinya. Kedua-dua pihak mengatur barisan perang di Lembah Zefata, dekat Maresa.

11Lalu Asa berseru kepada TUHAN, Allahnya, katanya, “Ya TUHAN, selain Engkau, tidak ada yang dapat menolong yang tidak berdaya menghadapi yang kuat. Tolonglah kami, ya TUHAN, Allah kami, kerana kami bersandar kepada-Mu dan dengan nama-Mulah kami maju melawan pasukan ini. Ya TUHAN, Engkaulah Allah kami, jangan biarkan manusia menang melawan Engkau.”

12Maka TUHAN memukul kalah kalangan Kush itu di hadapan Asa dan di hadapan orang Yehuda, sehingga pasukan orang Kush itu lari.

13Asa dan pasukan yang menyertainya mengejar mereka sampai ke Gerar. Berguguranlah orang Kush itu sehingga tidak ada lagi yang hidup, kerana mereka dihancurkan di hadapan TUHAN dan di hadapan pasukan-Nya. Orang Yehuda mengangkut banyak sekali jarahan.

14Mereka mengalahkan semua kota di sekeliling Gerar, kerana rasa takut daripada TUHAN menimpa mereka. Mereka menjarah semua kota itu kerana ada banyak barang rampasan di situ.

15Mereka juga menyerang perkhemahan para penternak dan menggiring banyak kawanan domba serta unta. Setelah itu, mereka kembali ke Yerusalem.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Tawarikh 14 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran