Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Amsal 18 >> 

1Orang yang mengasingkan diri mencari keinginannya sendiri; betapa kukuh pun pertimbangan dipertikaikannya.

2Orang bebal tidak suka kepada pengertian, dia hanya ingin mencurahkan isi hatinya.

3Kedurjanaan turut diiringi penghinaan, berserta dengan aib dan celaan.

4Kata-kata mulut orang seperti air yang dalam, tetapi sumber hikmah seperti aliran air yang memancar.

5Tidaklah baik memihak kepada orang durjana dan mengetepikan hak orang benar dalam pengadilan.

6Bibir orang bodoh menerbitkan persengketaan, dan mulutnya berseru-seru meminta tamparan.

7Mulut orang bodoh punca kehancurannya, dan bibirnya menjadi jerat bagi jiwanya.

8Kata-kata pemfitnah seperti makanan lazat, semuanya turun jauh ke dalam lubuk hati orang.

9Orang yang malas dalam pekerjaannya memanglah saudara kepada si perosak.

10Nama TUHAN ialah menara yang kukuh, orang benar lari ke sana dan mendapat keselamatan.

11Harta kekayaan ialah benteng bagi orang kaya, dan seperti tembok yang tinggi menurut sangkaannya.

12Kesombongan mendahului kehancuran, tetapi kerendahan hati mendahului kehormatan.

13Sesiapa yang memberikan jawapan sebelum mendengar, itulah kebodohan dan kecelaan baginya.

14Semangat menguatkan seseorang dalam kesakitan, tetapi jika patah semangatnya, siapalah yang dapat bertahan?

15Hati orang yang berpengertian memperoleh pengetahuan, dan telinga si bijaksana mencari pengetahuan.

16Pemberian seseorang memberikan tempat yang luas baginya, dan membawanya ke hadapan orang besar.

17Orang yang mula-mula mengadukan perkaranya tampak benar, sehingga kemudian datang orang lain mengujinya.

18Cabutan undi menghentikan pertengkaran, dan meleraikan pihak yang sama-sama kuat.

19Saudara yang dikhianati lebih sulit didekati daripada kota benteng, dan pertengkaran seumpama palang-palang pintu sebuah puri.

20Daripada buah mulutnya seseorang dikenyangkan, dan puaslah dia dengan hasil pengucapan lidahnya.

21Hidup dan mati ada dalam kuasa lidah, orang yang menyukainya akan memakan buahnya.

22Sesiapa yang mendapat isteri, mendapat sesuatu yang baik; serta memperoleh keredaan TUHAN.

23Orang miskin memohon dan merayu, tetapi orang kaya menjawab dengan kasar.

24Orang yang ramai sangat temannya boleh membinasakan dirinya, tetapi ada sahabat yang lebih karib daripada saudara sendiri.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Amsal 18 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran