Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 11 >> 

Zofar: Ayub harus rendah hati

1Kemudian Zofar, orang Naama, menjawab,

2“Patutkah kata-kata yang banyak tidak dijawab? Patutkah seorang yang banyak bercakap dilepaskan?

3Patutkah orang berdiam diri terhadap cakap besarmu? Ketika engkau mencemuh, masakan tidak ada yang mencela engkau?

4Katamu, ‘Apa yang kuajarkan adalah murni. Aku bersih pada pandangan-Mu.’

5Tetapi semoga Allah sendiri berfirman dan berbicara langsung dengan engkau.

6Semoga Dia menyingkapkan kepadamu rahsia hikmah, kerana hikmah itu mempunyai dua segi. Ketahuilah bahawa Allah melupakan sebahagian daripada kesalahanmu.

7Dapatkah engkau memahami rahsia Allah? Dapatkah engkau memahami kesempurnaan Yang Maha Kuasa?

8Tingginya melebihi langit – apa yang dapat kaulakukan? Dalamnya melebihi alam kubur – apa yang dapat kauketahui?

9Ukurannya lebih panjang daripada bumi dan lebih lebar daripada laut.

10Jika Dia melintas, melakukan penangkapan, dan mengadakan sidang, siapakah yang dapat menahan-Nya?

11Sesungguhnya, Dia mengenal manusia penipu dan melihat kejahatan tanpa mengamat-amatinya.

12Tetapi orang bebal pun akan menjadi cerdas, jika anak keldai liar dapat lahir sebagai manusia.

13Jika engkau mengarahkan hatimu dan menadahkan tanganmu kepada-Nya,

14jauhkanlah kejahatan di tanganmu jika memang ada, dan jangan biarkan kezaliman ada di khemahmu.

15Dengan demikian engkau akan mengangkat muka tanpa malu, engkau akan menjadi teguh dan tidak takut.

16Engkau akan melupakan kesukaranmu, mengingatnya hanya seperti air yang telah mengalir lenyap.

17Hidupmu akan lebih cerah daripada tengah hari, kegelapan akan seperti pagi hari.

18Engkau akan berasa aman kerana ada harapan. Engkau akan melihat sekitarmu lalu tidur dengan aman.

19Engkau akan berbaring tanpa ada yang mengusik, bahkan ramai orang akan memohonkan belas kasihanmu.

20Tetapi mata orang fasiq akan menjadi sayu, mereka tidak akan mempunyai tempat melarikan diri dan harapan mereka sekadar untuk menarik nafas terakhir mereka.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran