Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 31 >> 

Ayub membuat rayuan lagi

1“Aku telah mengikat perjanjian dengan mataku, bagaimana mungkin kupandang anak dara dengan berahi?

2Apakah bahagianku daripada Allah di atas, atau harta pusakaku daripada Yang Maha Kuasa di tempat yang tinggi?

3Bukankah bencana bagi orang yang buruk kelakuannya, dan kemalangan bagi para pelaku kejahatan?

4Bukankah Allah melihat jalan-jalanku dan menghitung segala langkahku?

5Jika aku telah berjalan bersama dengan dusta, dan kakiku bergegas menuju tipu daya,

6biarlah aku ditimbang dengan neraca yang benar supaya Allah mengetahui ketulusan hatiku.

7Jika langkahku menyimpang dari jalan dan hatiku menuruti pandangan mataku, atau jika noda melekat pada tanganku,

8biarlah aku menabur lalu orang lain memakan hasilnya, dan biarlah hasil ladangku dicabut sampai ke akarnya.

9Jika hatiku terpikat kepada perempuan, dan aku menunggu di pintu jiranku,

10biarlah isteriku menggiling bagi orang lain dan biarlah orang lain menidurinya,

11kerana hal itu perbuatan keji, kesalahan yang patut dihukum oleh hakim.

12Itulah api yang menghanguskan sampai ke tempat kebinasaan, itulah yang mencabut seluruh hasilku sampai ke akarnya.

13Jika aku memandang hina hak hambaku yang lelaki atau yang perempuan ketika mereka berperkara dengan aku,

14apakah yang boleh kulakukan apabila Allah bertindak? Apabila Dia memeriksa aku, apakah jawapanku kepada-Nya?

15Bukankah Dia, yang menjadikan aku dalam kandungan, menjadikan orang itu juga? Bukankah Satu juga yang membentuk kami dalam rahim?

16Jika aku menolak keinginan fakir miskin, membuat sayu mata seorang balu;

17jika aku memakan makananku sendirian dan anak yatim tidak turut memakannya –

18malah sejak masa mudaku aku membesarkan dia seperti seorang ayah, sejak dalam kandungan ibuku aku membimbing balu itu;

19jika aku melihat orang binasa kerana tidak punya pakaian, atau orang melarat tidak punya selimut,

20dan hatinya tidak memohon berkat bagiku, kerana dia dihangatkan oleh bulu dombaku;

21jika aku mengacung-acungkan tangan terhadap anak yatim kerana kulihat ada yang menolong aku di pintu gerbang,

22maka biarlah bahuku lepas daripada belikatku dan lenganku patah daripada persendiannya,

23kerana aku takut kepada bencana daripada Allah dan di hadapan keluhuran-Nya aku tidak sanggup berbuat apa-apa.

24Jika aku meletakkan keyakinanku kepada emas atau berkata kepada emas murni, ‘Engkaulah kepercayaanku;’

25jika aku bersukacita kerana besarnya kekayaanku dan kerana banyaknya perolehan tanganku;

26jika aku memandang matahari ketika bersinar atau bulan ketika beredar dengan indahnya

27sehingga diam-diam hatiku terpikat dan mulutku mencium tanganku tanda hormat,

28maka itu pun kesalahan yang patut dihukum oleh hakim, kerana aku mengingkari Allah yang di atas.

29Jika aku bersukacita atas kemalangan orang yang membenci aku atau meninggikan diri ketika malapetaka menimpanya –

30aku tidak membiarkan mulutku berdosa, menuntut nyawa orang itu dengan kutukan;

31jika kalangan di khemahku tidak berkata, ‘Sesiapa yang tidak dikenyangkan oleh lauk-pauknya?’ –

32tidak pernah pendatang bermalam di jalan, kerana kubuka pintuku bagi kafilah;

33jika aku menutupi pelanggaranku seperti yang dilakukan manusia dengan menyembunyikan kesalahanku dalam dadaku,

34kerana takut kepada orang ramai dan penghinaan kaum keluarga yang mengejutkan aku sehingga aku berdiam diri dan tidak keluar dari pintuku!

35Ah, kalaulah ada yang mendengar aku! Inilah tanda tanganku! Biarlah Yang Maha Kuasa menjawab aku! Kalaulah ada surat tuduhan yang ditulis oleh pendakwaku!

36Pastilah aku akan memikulnya di atas bahuku, aku akan mengenakannya seperti mahkota.

37Aku akan menyatakan jumlah langkahku kepada-Nya. Aku akan menghampiri Dia selaku seorang bangsawan.

38Jika tanahku menjerit menentang aku dan alur-alur bajaknya menangis bersama-sama;

39jika aku memakan hasilnya tanpa membayar, atau menyebabkan para pemiliknya kehilangan nyawa,

40maka biarlah duri tumbuh ganti gandum, dan lalang ganti barli.” Selesailah kata-kata Ayub.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 31 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel