Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 13 >> 

Dua belas orang pengintip

1TUHAN berfirman kepada Musa,

2“Utuslah beberapa orang untuk mengintip keadaan Tanah Kanaan yang akan Kukurniakan kepada orang Israel. Utuslah seorang daripada setiap suku leluhur mereka dan setiap orang itu ialah pemimpin dalam kalangan sukunya.”

3Musa pun mengutus mereka dari Gurun Paran, selaras dengan perintah TUHAN. Mereka semua ialah ketua orang Israel.

4Inilah nama mereka: Syamua anak Zakur, daripada suku Ruben;

5Safat anak Hori, daripada suku Simeon;

6Kaleb anak Yefune, daripada suku Yehuda;

7Yigal anak Yusuf, daripada suku Isakhar;

8Hosea anak Nun, daripada suku Efraim;

9Palti anak Rafu, daripada suku Benyamin;

10Gadiel anak Sodi, daripada suku Zebulon;

11Gadi anak Susi, daripada suku Yusuf, iaitu daripada suku Manasye;

12Amiel anak Gemali, daripada suku Dan;

13Setur anak Mikhail, daripada suku Asyer;

14Nahbi anak Wofsi, daripada suku Naftali;

15Guel anak Makhi, daripada suku Gad.

16Itulah nama orang yang diutus Musa untuk mengintip negeri itu. Musa menamai Hosea anak Nun itu Yosua.

17Mereka semua diutus oleh Musa untuk mengintip Tanah Kanaan. Katanya kepada mereka, “Pergilah dari sini ke Tanah Negeb lalu naiklah ke pergunungan.

18Amatilah bagaimana keadaan negeri itu, sama ada bangsa yang mendiaminya kuat atau lemah, sedikit ataupun ramai.

19Amatilah juga sama ada negeri yang didiami mereka itu baik ataupun buruk dan sama ada kota-kota yang didiami mereka itu berkubu ataupun seperti perkhemahan.

20Bagaimana keadaan tanahnya, subur atau tandus, ada pepohonan ataupun tidak. Kuatkanlah hatimu dan bawalah beberapa jenis buah hasil negeri itu.” Waktu itu ialah musim buah anggur hasil pertama.

21Maka pergilah mereka itu lalu mengintip negeri itu mulai Gurun Zin sampai ke Rehob, dekat jalan masuk ke Hamat.

22Mereka berjalan melalui Tanah Negeb lalu sampai ke Hebron. Keturunan orang Enak, iaitu orang Ahiman, Sesai, dan Talmai, tinggal di sana. Hebron dibangunkan tujuh tahun lebih dahulu daripada Zoan di Mesir.

23Kemudian sampailah mereka di Lembah Eskol. Di sana mereka mengerat sebatang cabang dengan setandan buah anggurnya, lalu dua orang memikulnya dengan sebatang kayu. Selain itu, mereka juga membawa buah delima dan buah ara.

24Tempat itu dinamai Lembah Eskol kerana tandan buah anggur yang dikerat orang Israel di sana.

25Empat puluh hari kemudian, kembalilah mereka yang telah mengintip negeri itu.

26Mereka datang mendapatkan Musa, Harun, dan seluruh kalangan umat Israel yang berkumpul di Kadesh, di Gurun Paran. Mereka pun menyampaikan khabar kepada Musa dan Harun serta kepada seluruh umat itu, lalu memperlihatkan kepada semua orang buah-buahan hasil negeri itu.

27Kepada Musa mereka bercerita demikian, “Kami telah sampai ke negeri tempat tuan utus kami. Memang negeri itu berlimpah-limpah susu dan madu. Inilah hasil buah-buahannya.

28Hanya, bangsa yang mendiami negeri itu sangat kuat. Kota-kota mereka pun berkubu dan amat besar. Kami juga melihat keturunan orang Enak di sana.

29Bani Amalek tinggal di Tanah Negeb. Bani Het, bani Yebus, dan bani Amori tinggal di pergunungan, sedangkan bani Kanaan tinggal di pesisir dan di tepi Sungai Yordan.”

30Kaleb berusaha menenangkan hati bangsa itu di depan Musa, katanya, “Kita harus maju dan menduduki negeri itu, kerana kita pasti dapat mengalahkannya!”

31Akan tetapi, orang yang pergi bersama-samanya berkata, “Kita tidak dapat menyerang bangsa itu, kerana mereka lebih kuat daripada kita!”

32Lalu mereka menyampaikan laporan buruk kepada orang Israel tentang negeri yang diintip mereka itu, kata mereka, “Negeri yang kami jelajahi untuk diintai itu ialah negeri yang memakan penduduknya. Semua orang yang kami lihat di situ tinggi-tinggi belaka.

33Kami melihat pula di sana orang Nefilim, iaitu keturunan Enak yang berasal daripada orang Nefilim. Di mata kami sendiri diri kami seperti belalang sahaja dan begitu jugalah di mata mereka.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Bilangan 13 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran