Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 2 >> 

Pembahagian tempat perkhemahan

1TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun,

2“Orang Israel harus berkhemah berdekatan bendera masing-masing dengan lambang kaum keluarganya. Khemah mereka harus didirikan berkeliling menghadap Khemah Pertemuan.

3Mereka yang di bawah panji-panji pasukan Yehuda harus berkhemah di sebelah timur, arah matahari terbit, menurut pasukan mereka. Pemimpin bani Yehuda ialah Nahason anak Aminadab.

4Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 74,600 orang.

5Yang akan berkhemah berdekatan mereka ialah suku Isakhar. Pemimpin bani Isakhar ialah Netaneel anak Zuar.

6Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 54,400 orang.

7Selanjutnya suku Zebulon. Pemimpin bani Zebulon ialah Eliab anak Helon.

8Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 57,400 orang.

9Jadi, jumlah semua orang yang dihitung dalam pasukan Yehuda menurut pasukan mereka ialah 186,400. Mereka harus berangkat lebih dahulu.

10Di sebelah selatan hendaklah ada panji-panji pasukan Ruben menurut pasukan mereka. Pemimpin bani Ruben ialah Elizur anak Syedeur.

11Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 46,500 orang.

12Yang akan berkhemah berdekatan mereka ialah suku Simeon. Pemimpin bani Simeon ialah Selumiel anak Zurisyadai.

13Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 59,300 orang.

14Selanjutnya suku Gad. Pemimpin bani Gad ialah Elyasaf anak Rehuel.

15Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 45,650 orang.

16Jadi, jumlah semua orang yang dihitung dalam pasukan Ruben ialah 151,450 orang, menurut pasukan mereka. Mereka harus berangkat dalam kumpulan kedua.

17Setelah itu, Khemah Pertemuan harus dibawa berangkat bersama-sama rombongan bani Lewi, di tengah-tengah pasukan-pasukan itu. Sama halnya seperti ketika mereka berkhemah, iaitu masing-masing di tempatnya menurut panji-panji mereka, demikianlah juga mereka harus berangkat.

18Di sebelah barat haruslah ada panji-panji pasukan Efraim menurut pasukan mereka. Pemimpin bani Efraim ialah Elisama anak Amihud.

19Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 40,500 orang.

20Berdekatan dengannya harus ada suku Manasye. Pemimpin bani Manasye ialah Gamaliel anak Pedazur.

21Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 32,200 orang.

22Selanjutnya suku Benyamin. Pemimpin bani Benyamin ialah Abidan anak Gideoni.

23Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 35,400 orang.

24Jadi, jumlah semua orang yang dihitung dalam pasukan Efraim ialah 108,100 orang, menurut pasukan mereka. Mereka harus berangkat dalam kumpulan ketiga.

25Di sebelah utara haruslah ada panji-panji pasukan Dan menurut pasukan mereka. Pemimpin bani Dan ialah Ahiezer anak Amisyadai.

26Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 62,700 orang.

27Yang akan berkhemah berdekatan mereka ialah suku Asyer. Pemimpin bani Asyer ialah Pagiel anak Okhran.

28Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 41,500 orang.

29Selanjutnya suku Naftali. Pemimpin bani Naftali ialah Ahira anak Enan.

30Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 53,400 orang.

31Jadi, jumlah semua orang yang dihitung dalam pasukan Dan ialah 157,600 orang. Mereka harus berangkat terakhir, menurut panji-panji mereka.”

32Itulah orang Israel yang dihitung menurut kaum keluarga mereka. Jumlah semua orang yang dihitung dalam pasukan-pasukan itu menurut pasukan masing-masing ialah 603,550 orang.

33Akan tetapi, bani Lewi tidak turut dihitung bersama dengan orang Israel, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

34Demikianlah dilakukan oleh orang Israel. Selaras dengan segala yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, demikianlah mereka berkhemah menurut panji-panji mereka, dan demikian pulalah mereka berangkat, masing-masing menurut kaum serta keluarganya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Bilangan 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel