Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Efesus 3 >> 

Paulus penginjil kepada bangsa-bangsa asing

1Dengan demikian aku, Paulus, yang terpenjara kerana Kristus Yesus untuk kamu, orang bukan orang Israel.

2Tentu kamu telah mendengar, bahawa aku diberi tugas melaksanakan kasih kurnia Allah untukmu.

3Melalui wahyu, Allah telah memberitahuku rahsia itu sebagaimana sudah kutuliskan secara ringkas.

4Apabila kamu membacanya kamu akan mengerti pengetahuanku dalam rahsia Kristus.

5Pada zaman-zaman silam rahsia itu tidak diberitahu kepada anak manusia, sebagaimana sekarang telah dinyatakan oleh Roh kepada para rasul dan para nabi-Nya yang suci –

6bahawa bangsa-bangsa asing sama-sama menjadi waris, satu tubuh, dan sama-sama mendapat bahagian daripada perjanjian Allah dalam Kristus Yesus melalui Injil.

7Aku telah menjadi seorang hamba Injil dengan kasih kurnia Allah yang telah diberikan-Nya kepadaku melalui pelaksanaan kuasa-Nya.

8Kepadaku, yang lebih rendah daripada orang salih yang paling rendah, kasih kurnia ini telah diberikan supaya aku pergi menyampaikan perkhabaran kepada bangsa-bangsa asing tentang kekayaan Kristus yang tidak mungkin dapat dicari itu,

9dan menjelaskan kepada semua orang pelaksanaan rahsia itu, yang dari permulaan zaman telah terselindung dalam hati Allah yang menjadikan segala-galanya.

10Dengan demikian sekarang pelbagai kebijaksanaan Allah diberitahu oleh jemaah kepada segala pemerintah dan kuasa di syurga.

11Ini adalah menurut maksud-Nya yang kekal yang telah ditunaikan-Nya dalam Kristus Yesus, Tuhan kita;

12yang dalam-Nya kita mendapat kebebasan dan keyakinan menghampiri Allah melalui iman.

13Oleh itu, aku meminta kepadamu, janganlah tawar hati akibat kesusahan yang kutanggung keranamu, ini adalah kemuliaanmu.

Doa Paulus untuk orang Efesus

14Dengan sebab itulah aku bertelut kepada Bapa,

15yang daripada-Nya seluruh bangsa di syurga dan di bumi telah dinamakan.

16Aku berdoa semoga Dia mengurniakan kepadamu, menurut limpah kemuliaan-Nya, kekuatan melalui Roh-Nya dalam dirimu.

17Semoga Kristus mendiami hatimu melalui iman. Dan kamu, setelah berakar umbi dalam kasih,

18akan mengerti bersama semua orang salih betapa lebarnya, panjangnya, tingginya dan dalamnya kasih Kristus,

19dan mengetahui kasih Kristus ini yang tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia supaya kamu dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah.

20Kepada Allah yang berkuasa melakukan segala-galanya dengan limpah kurnia melebihi permintaan dan sangkaan kita, menurut kuasa-Nya yang bertindak dalam diri kita,

21kepada-Nya kemuliaan dalam jemaah dan dalam Kristus Yesus zaman-berzaman selama-lamanya! Amin.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Efesus 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel