Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ezra 3 >> 

Pembinaan semula mazbah

1Dengan ketibaan bulan ketujuh, berkumpullah orang Israel yang menetap di kota-kota sebagai umat yang bersatu di Yerusalem.

2Yesua anak Yozadak berserta para saudaranya, para imam itu, dan Zerubabel anak Sealtiel berserta para saudaranya, segera mendirikan mazbah Allah Israel untuk mempersembahkan korban bakaran di atasnya, sebagaimana yang tertulis dalam Kitab Suci Taurat yang disampaikan Allah melalui Musa, hamba Allah itu.

3Mazbah itu didirikan mereka di tempatnya semula sungguhpun mereka berasa takut kepada bangsa-bangsa negeri itu. Lalu di atas mazbah itu mereka mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN, iaitu korban bakaran untuk pagi dan juga petang.

4Mereka juga menyambut Perayaan Pondok Daun, sebagaimana yang tertulis, dan mempersembahkan korban bakaran harian menurut jumlah yang ditetapkan dalam peraturan bagi setiap harinya.

5Setelah itu, mereka mempersembahkan korban bakaran yang tetap, korban pada Bulan Baru, korban pada setiap perayaan yang suci bagi TUHAN, dan korban daripada setiap orang yang memberikan persembahan sukarela kepada TUHAN.

6Sejak hari pertama pada bulan ketujuh, mereka mula mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN. Namun begitu, asas Bait Suci TUHAN masih belum diletakkan.

7Oleh sebab itu mereka memberikan wang kepada tukang batu dan tukang kayu, juga memberikan makanan, minuman, serta minyak kepada orang Sidon dan Tirus, supaya mereka membawa kayu araz dari Lebanon ke laut dekat Yope , menepati keizinan yang diberikan kepada mereka oleh Kores, raja Parsi.

Peletakan asas Bait Allah

8Pada tahun kedua setelah mereka sampai di Rumah Allah di Yerusalem, tepatnya dalam bulan kedua, Zerubabel anak Sealtiel dan Yesua anak Yozadak berserta saudara-saudara mereka yang selebihnya, iaitu imam, bani Lewi, dan semua orang yang pulang dari tempat penawanan ke Yerusalem, memulai pekerjaan itu. Mereka menugaskan bani Lewi yang berumur dua puluh tahun ke atas untuk mengawasi pekerjaan di Bait TUHAN.

9Yesua dengan anak-anak dan saudara-saudaranya, juga Kadmiel dengan anak-anaknya, juga anak-anak Yehuda, mengawasi mereka yang melaksanakan pekerjaan di Rumah Allah. Demikian jugalah bani Henadad dengan anak-anak dan saudara-saudara mereka, iaitu bani Lewi.

10Ketika jurubina meletakkan asas Bait Suci TUHAN, tampillah para imam dengan pakaian istiadat mereka sambil membawa nafiri, manakala bani Lewi daripada bani Asaf pula membawa gembereng dengan tujuan untuk memuji TUHAN menurut petunjuk Daud, raja Israel.

11Kemudian mereka menyanyi secara berbalas-balasan sambil memuji dan mengucap syukur kepada TUHAN: “Kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya terhadap Israel.” Seluruh rakyat bersorak-sorai dengan suara yang nyaring sambil memuji TUHAN, kerana asas Bait TUHAN telah diletakkan.

12Akan tetapi, antara imam, bani Lewi, dan ketua kaum keluarga, iaitu tua-tua yang pernah melihat bait terdahulu, banyak yang menangis dengan suara nyaring ketika peletakan asas itu dilaksanakan di hadapan mata mereka. Ada ramai orang pula yang bersorak-sorai dengan suara nyaring kerana gembira.

13Orang tidak dapat membezakan lagi antara bunyi sorak-sorai kegembiraan dengan bunyi tangisan umat, kerana umat bersorak dengan suara nyaring sehingga bunyinya kedengaran sampai di tempat yang jauh.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ezra 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel