Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ezra 8 >> 

Salasilah umat yang pulang bersama-sama Ezra

1Inilah para ketua kaum keluarga dan salasilah orang yang berangkat pulang bersama-samaku dari Babel pada zaman pemerintahan Raja Artahsasta:

2Gersom, daripada bani Pinehas. Daniel, daripada bani Itamar. Hatus, daripada bani Daud

3– Hatus ialah anak Sekhanya. Zakharia, daripada bani Paros, bersama-sama 150 orang lelaki lain yang tercatat dalam salasilah.

4Elyo'enai anak Zerahya, daripada bani Pahat-Moab, bersama-sama 200 orang lelaki lain.

5Sekhanya anak Yahaziel, daripada bani Zatu, bersama-sama 300 orang lelaki lain.

6Ebed anak Yonatan, daripada bani Adin, bersama-sama 50 orang lelaki lain.

7Yesaya anak Atalya, daripada bani Elam, bersama-sama 70 orang lelaki lain.

8Zebaja anak Mikhail, daripada bani Sefaca, bersama-sama 80 orang lelaki lain.

9Obaja anak Yehiel, daripada bani Yoab, bersama-sama 218 orang lelaki lain.

10Selomit anak Yosifya, daripada bani Bani, bersama-sama 160 orang lelaki lain.

11Zakharia anak Bebai, daripada bani Bebai, bersama-sama 28 orang lelaki lain.

12Yohanan anak Hakatan, daripada bani Azgad, bersama-sama 110 orang lelaki lain.

13Elifelet, Yehiel, dan Semaya, Daripada bani Adonikam yang datang kemudian, bersama-sama 60 orang lelaki lain.

14Utai dan Zabud, daripada bani Bigwai, bersama-sama 70 orang lelaki lain.

Persiapan perjalanan

15Aku menghimpunkan mereka di tepi sungai yang mengalir ke Ahawa, dan kami berkhemah di sana selama tiga hari. Ketika aku memeriksa para imam serta umat itu kudapati tiada seorang pun bani Lewi dalam kalangan umat itu.

16Maka aku menyuruh orang untuk memanggil Eliezer, Ariel, Semaya, Elnatan, Yarib, Elnatan, Natan, Zakharia, dan Mesulam, iaitu barisan pemimpin, serta pengajar iaitu Yoyarib dan Elnatan.

17Aku memberi mereka arahan untuk menemui Ido, ketua di daerah Kasifya dan aku memberitahu mereka apa yang harus dikatakan kepada Ido dan para saudaranya yang bertanggungjawab atas daerah Kasifya supaya mereka membawa orang kepada kami para penyelenggara ibadat untuk Bait Allah kami.

18Lantaran tangan Allah kami yang baik itu menaungi kami, maka mereka membawa seorang yang berbudi bicara daripada bani Mahli anak Lewi anak Israel, iaitu Serebya bersama-sama 18 orang yang terdiri daripada para anak dan saudaranya;

19juga Hasabya dan Yesaya daripada bani Merari berserta 20 orang yang terdiri daripada para saudaranya dan anak-anak mereka;

20serta para hamba Bait Allah yang dikhususkan oleh Daud dan para pembesar untuk melayani bani Lewi, kesemuanya 220 orang yang dicatatkan menurut nama masing-masing.

21Lalu di tepi Sungai Ahawa itu aku mengisytiharkan puasa (bagi anggota rombongan) agar kami merendahkan diri di hadapan Allah kami dan memohon kepada-Nya jalan yang aman bagi kami, anak-anak kami, serta segala harta benda kami.

22Sebabnya aku malu meminta daripada raja agar kami dibantu pasukan askar dan orang berkuda untuk menghadapi musuh di jalan, kerana kami telah berkata kepada raja, “Tangan Allah kami penuh kemurahan bagi semua orang yang mencari hadirat-Nya, tetapi kuasa-Nya dan kemurkaan-Nya menimpa semua orang yang meninggalkan-Nya.”

23Jadi, kami berpuasa dan memohon seperti itu kepada Allah kami, dan Dia mengabulkan permohonan kami.

24Kemudian aku mengasingkan dua belas orang daripada imam yang terkemuka berserta Serebya, Hasabya, dan sepuluh orang daripada kalangan saudara mereka.

25Aku menimbangkan dan menyerahkan kepada mereka perak, emas, dan pelbagai wadah dan kelengkapan, iaitu persembahan khusus bagi Bait Allah kami yang diberikan oleh raja, para penasihatnya, para pembesarnya, dan semua orang Israel yang hadir di situ.

26Aku menimbangkan bagi mereka 650 talenta perak, 100 talenta kelengkapan perak, 100 talenta emas,

2720 cawan emas berharga satu ribu dirham, dan dua wadah gangsa yang berkilat dan indah yang bernilai sama seperti emas.

28Aku pun berkata kepada mereka, “Kamu ditahbiskan untuk TUHAN, dan segala kelengkapan ini juga suci. Perak dan emas itu persembahan sukarela kepada TUHAN, Allah nenek moyangmu.

29Awasi dan jagalah kesemuanya sampai kamu menimbangnya di depan para ketua imam, bani Lewi, dan para pemimpin kaum keluarga orang Israel di Yerusalem, di dalam bilik-bilik Bait TUHAN.”

30Lalu para imam dan bani Lewi menerima hantaran perak, emas, dan segala kelengkapan yang telah ditimbang itu untuk dibawa ke Yerusalem, ke Bait Allah kami.

Ketibaan di Yerusalem

31Pada hari kedua belas pada bulan pertama, kami berangkat dari Sungai Ahawa menuju Yerusalem. Tangan Allah kami melindungi dan menyelamatkan kami daripada serangan mengejut angkara para musuh serta penyamun di jalan.

32Setelah sampai di Yerusalem kami pun berehat di sana selama tiga hari.

33Pada hari keempat, perak, emas, dan pelbagai kelengkapan itu ditimbang di dalam Bait Allah kami dan diserahkan kepada Imam Meremot anak Uria serta Eleazar anak Pinehas dan bersama-sama mereka ialah bani Lewi, iaitu Yozabad anak Yesua dan Noaja anak Binui.

34Keseluruhan hantaran itu dihitung dan ditimbang, lalu jumlah timbangannya dicatat pada masa itu juga.

35Para warga yang kembali daripada pembuangan, iaitu mereka yang pulang daripada tempat penawanan, mempersembahkan kepada Allah Israel korban bakaran berupa lembu jantan sejumlah dua belas ekor untuk semua orang Israel, domba jantan sejumlah sembilan puluh enam ekor, anak domba sejumlah tujuh puluh tujuh ekor, dan kambing jantan sejumlah dua belas ekor sebagai korban penghapus dosa. Semua itu korban bakaran yang dipersembahkan kepada TUHAN.

36Mereka juga menyampaikan surat perintah raja kepada para wakil raja dan para pembesar daerah seberang Sungai Efrat, sehingga orang itu pun menyokong umat dan Rumah Allah.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ezra 8 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel