Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Keluaran 1 >> 

Orang Israel tertindas di Mesir

1Para anak Israel, iaitu Yakub, yang datang bersama-sama bapa mereka ke Mesir, masing-masing dengan seisi keluarganya ialah

2Ruben, Simeon, Lewi, Yehuda,

3Isakhar, Zebulon, Benyamin,

4Dan, Naftali, Gad, dan Asyer.

5Jumlah semua keturunan Yakub ialah tujuh puluh jiwa, tetapi sebelum itu, Yusuf sudah berada di Mesir.

6Masa berlalu dan Yusuf meninggal, dan begitu jugalah halnya dengan semua saudaranya dan kalangan orang Israel yang satu keturunan dengannya.

7Namun begitu, orang Israel terus beranak cucu dan bilangan mereka meningkat dengan pesatnya. Mereka bertambah ramai dan menjadi luar biasa kuatnya, sehingga negeri itu padat dengan warga mereka.

8Kemudian seorang raja baru yang tidak kenal akan Yusuf memerintah kerajaan Mesir.

9Dia berkata kepada rakyatnya, “Lihatlah, betapa rakyat orang Israel ini menjadi teramat ramai dan lebih kuat daripada kita.

10Mari kita cari akal mengatasi mereka. Jika tidak, mereka akan terus bertambah ramai, dan jika berlaku perang mereka akan bersekutu dengan para musuh kita lalu berperang melawan kita dan meninggalkan negeri ini.”

11Maka warga Mesir melantik tukang kerah atas orang Israel untuk menindas mereka serta menjadikan mereka buruh paksa. Mereka membangunkan kota perbekalan, iaitu Pitom dan Raamses untuk Firaun.

12Walau bagaimanapun, semakin tertindas, bilangan mereka semakin ramai dan terus berkembang, lantas warga Mesir menjadi takut kepada orang Israel.

13Maka semakin kuat dan kejamlah warga Mesir menzalimi orang Israel,

14dan menjadikan kehidupan mereka menderita dalam perhambaan yang cukup perit. Mereka dipaksa mengerjakan tanah liat dan batu bata serta semua jenis pekerjaan yang menjerihkan di padang.

15Raja Mesir juga memerintahkan para bidan orang Ibrani, iaitu seorang yang bernama Sifra dan nama yang seorang lagi pula Pua,

16katanya, “Sewaktu kamu membidani para wanita Ibrani, awasilah mereka di tempat bersalin. Jika anak yang dilahirkan mereka itu lelaki, kamu harus membunuh anak itu, tetapi jika anak itu perempuan biarkan anak itu hidup.”

17Namun begitu, kerana bidan-bidan itu takut kepada Allah, mereka tidak bertindak mengikut seperti yang diperintahkan oleh raja Mesir kepada mereka. Mereka membiarkan hidup anak-anak lelaki yang lahir.

18Lalu raja Mesir memanggil para bidan itu dan bertanya kepada mereka, “Mengapakah kamu melakukan hal ini, membiarkan para bayi lelaki hidup?”

19Jawab para bidan itu kepada Firaun, “Sebabnya perempuan Ibrani tidak seperti perempuan Mesir. Mereka lebih kuat. Sebelum bidan tiba, mereka sudah siap bersalin.”

20Maka Allah memberkati para bidan itu, dan orang Israel terus bertambah ramai dan menjadi sangat kuat.

21Selain itu, kerana para bidan itu takut kepada Allah, Dia memberkati mereka dengan kaum keluarga mereka sendiri.

22Akhirnya Firaun memerintahkan sedemikian kepada seluruh rakyatnya, “Semua anak lelaki orang Israel yang dilahirkan hendaklah kamu buang ke dalam Sungai Nil, tetapi biarkan semua anak perempuan mereka hidup.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Keluaran 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel