Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Keluaran 25 >> 

Persembahan untuk pembinaan Khemah Suci

1Berfirmanlah TUHAN kepada Musa demikian,

2“Beritahu orang Israel untuk mewakafkan persembahan khusus bagi-Ku. Ambillah persembahan khusus untuk-Ku itu daripada semua orang yang ikhlas hati.

3Persembahan yang hendaklah kamu ambil daripada mereka itu ialah emas, perak, gangsa,

4kain biru, kain ungu, kain merah tua, linen halus, bulu kambing,

5kulit domba jantan yang dicelup merah, kulit anjing laut, kayu akasia,

6minyak untuk lampu, rempah-rempah untuk minyak urapan upacara dan untuk dupa harum,

7oniks dan pelbagai batu permata tatahan untuk baju efod serta perisai dada.

8Mereka harus membina tempat suci bagi-Ku, supaya Aku bersemayam di tengah-tengah mereka.

9Khemah Suci serta segala alat kelengkapannya hendaklah kamu buat mengikut semua contoh yang akan Kutunjukkan kepadamu.”

Tabut perjanjian

10“Hendaklah dibuat mereka sebuah tabut daripada kayu akasia, panjangnya dua setengah hasta, lebarnya satu setengah hasta, dan tingginya satu setengah hasta.

11Bahagian dalam dan luarnya hendaklah disalut dengan emas tulen, dan di sekeliling bahagian atasnya hendaklah dibuat bingkai emas.

12Buatlah empat urat gelang emas dan pasangkannya pada keempat-empat kakinya, iaitu dua urat gelang pada satu sisinya dan dua urat gelang lagi pada sisi yang setentang dengannya.

13Selanjutnya buatlah pengusung daripada kayu akasia dan salutinya dengan emas.

14Masukkanlah kayu pengusung itu ke dalam gelang pada setiap bucu tabut itu, supaya tabut dapat diusung dengan kayu itu.

15Kayu pengusung itu hendaklah kekal berada di dalam gelang tabut itu, dan tidak boleh dicabut dari situ.

16Kemudian, simpanlah loh hukum yang akan Kuberikan kepadamu di dalam tabut itu.

17Buatlah penutup pendamaian itu daripada emas tulen, dua setengah hasta panjangnya dan satu setengah hasta lebarnya.

18Buatlah juga dua arca kerubin daripada emas tempaan pada setiap hujung penutup pendamaian itu.

19Satu arca kerubin hendaklah kamu buat pada satu hujung dan satu lagi arca kerubin pada hujung yang setentang. Kedua-dua arca kerubin itu hendaklah dibuat di atas kedua-dua hujungnya dan secara bersepadu dengan penutup pendamaian itu.

20Sayap kedua-dua arca kerubin itu hendaklah dikembangkan ke atas sehingga melitupi penutup pendamaian itu. Muka arca itu saling berhadapan dan menghadap ke arah penutup pendamaian itu.

21Letakkanlah penutup pendamaian itu di atas tabut, dan simpanlah loh hukum yang akan Kuberikan kepadamu di dalam tabut itu.

22Di sanalah Aku akan bertemu dengan kamu, dan dari atas penutup pendamaian itu, iaitu di antara kedua-dua arca kerubin yang ada di atas tabut loh hukum itu, Aku akan berfirman kepadamu tentang segala sesuatu yang akan Kuperintahkan untuk disampaikan kepada orang Israel.”

Meja bagi roti persembahan

23“Buatlah sebuah meja daripada kayu akasia, dua hasta panjangnya, sehasta lebarnya, dan satu setengah hasta tingginya.

24Salutlah meja itu dengan emas tulen dan buatlah bingkai emas di sekelilingnya.

25Buatlah di sekelilingnya jalur pinggir selebar satu telapak tangan dan buatlah bingkai emas di sekeliling jalur pinggir itu.

26Buatlah empat urat gelang emas untuk meja itu dan pasanglah gelang-gelang itu pada setiap penjurunya, di keempat-empat kakinya.

27Gelang itu harus dekat dengan jalur pinggir tadi sebagai tempat memasukkan kayu pengusung, supaya para hamba boleh mengusung meja itu.

28Hendaklah kamu buat pengusungnya daripada kayu akasia, dan salutinya dengan emas dan dengan kayu itulah meja itu harus diusung.

29Seterusnya buatlah pinggan-pinggannya, belanga-belanganya, balang-balangnya, dan mangkuk-mangkuknya, yang kesemuanya daripada emas tulen, yang akan dipakai untuk persembahan minuman.

30Kamu hendaklah sentiasa meletakkan roti persembahan di atas meja itu di hadirat-Ku.”

Kaki pelita emas

31“Buatlah kaki pelita daripada emas tulen yang ditempa. Seluruh bahagian alas dan batang kaki pelita itu serta kuncup bunga hiasan yang terdiri daripada kelopak dan mahkotanya hendaklah bersepadu dengan kaki pelita itu.

32Dari kaki pelita itu harus timbul enam cabang bagi setiap sisinya: tiga cabang dari satu sisi dan tiga cabang lagi dari sisi yang lagi satu.

33Pada setiap satu daripada enam cabang itu hendaklah dilengkapkan dengan tiga hiasan berupa kuncup bunga badam sempurna dengan kelopak dan mahkota bunganya.

34Pada batang kaki pelita itu hendaklah dilengkapkan dengan empat hiasan berupa kuncup bunga badam sempurna dengan kelopak dan mahkota bunganya,

35satu kelopak di bawah dua cabang pertama, satu kelopak di bawah dua cabang kedua, dan satu kelopak lagi di bawah dua cabang ketiga daripada keenam-enam cabang yang timbul di sisi batang kaki pelita itu.

36Kelopak-kelopak serta cabang-cabang itu hendaklah bersepadu dengan kaki pelita itu. Seluruhnya dibuat daripada satu talenta emas tulen yang ditempa.

37Buatlah tujuh buah pelita, kemudian pasangkan pelita-pelita itu di bahagian atasnya sehingga menerangi tempat di hadapannya.

38Buatlah penyepit sumbu serta dulangnya daripada emas tulen.

39Kaki dian dengan segala kelengkapannya itu hendaklah dibuat daripada satu talenta emas tulen.

40Berhati-hatilah supaya kamu membuat kesemuanya mengikut contoh yang telah ditunjukkan kepadamu di atas gunung.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Keluaran 25 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel