Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 17 >> 

Paulus di Tesalonika

1Paulus dan Silas melalui Amfipolis dan Apolonia lalu sampai di Tesalonika. Di situ ada saumaah orang Yahudi.

2Seperti biasa, Paulus masuk dan berbincang dengan orang di situ tiga hari Sabat berturut-turut tentang ayat-ayat Kitab Suci.

3Dia menyatakan dan menunjukkan bahawa Kristus mengalami kematian dan kemudian bangkit daripada kematian; juga katanya, “Yesus yang kusebutkan kepadamu inilah Kristus.”

4Beberapa orang di situ percaya lalu bersahabat dengan Paulus dan Silas; antara mereka terdapat sebilangan besar orang Yunani yang takut akan Allah serta cukup ramai wanita yang terkemuka.

5Tetapi orang Yahudi berasa dengki lalu mengumpulkan orang jahat dan memulakan huru-hara di kota itu; mereka menyerang rumah Yason untuk membawa keluar rasul-rasul itu menghadap orang ramai.

6Apabila mereka tidak menemui Paulus dan Silas, mereka menyeret Yason dan beberapa orang lagi murid Yesus ke hadapan pegawai-pegawai yang berkuasa sambil berseru, “Orang ini telah menimbulkan kekacauan di dunia dan sekarang mereka datang pula ke sini

7lalu dialu-alukan oleh Yason ke rumahnya. Mereka ini melanggar undang-undang Kaisar Roma dengan mengatakan ada orang lain yang menjadi raja, bernama Yesus.”

8Apabila orang ramai dan pegawai kerajaan mendengar kata-kata itu, mereka pun gempar.

9Mereka menerima ikat jamin untuk Yason dan yang lain lalu membenarkan mereka pergi.

Di Beria

10Para murid Yesus itu segera menyuruh Paulus dan Silas bertolak ke Beria pada waktu malam. Setelah sampai di sana, mereka masuk ke saumaah orang Yahudi.

11Orang Yahudi di situ lebih mulia rohaninya daripada yang di Tesalonika kerana mereka menerima firman Allah dengan amat sukacita dan menyelidik Kitab Suci untuk memastikan setiap kebenaran yang dikatakan Paulus.

12Oleh yang demikian ramailah antara mereka yang percaya, baik wanita-wanita Yunani yang berkedudukan tinggi mahupun kaum lelaki.

13Akan tetapi apabila orang Yahudi di Tesalonika mendapat tahu bahawa Paulus menyebarkan firman Allah di Beria juga, mereka pergi menghasut dan mengapi-apikan orang di situ supaya merusuh.

14Para murid Yesus di Beria segera menyuruh hantar Paulus ke pantai manakala Silas dan Timotius masih di Beria.

15Orang yang menghantar Paulus itu membawanya hingga ke Atena; setelah menerima arahan Paulus menyuruh Silas dan Timotius segera menyertainya, orang itu pun pulang ke Beria.

Di Atena

16Sementara Paulus menantikan kedua-duanya di Atena, dia berasa amat sedih melihat kota itu penuh dengan berhala.

17Oleh itu, dia berhujah di saumaah dengan orang Yahudi dan orang Yunani yang takut akan Allah; dan di medan kota juga dia berbincang dengan siapa sahaja yang ditemuinya.

18Beberapa orang yang berpegang kepada ajaran Epikuros dan Stoa berhujah dengannya. Ada yang berkata, “Apa yang dibebelkannya itu?” Yang lain berkata, “Nampaknya orang ini menyebarkan berita tentang tuhan-tuhan orang bangsa asing.” Demikianlah kata mereka kerana Paulus mengkhabarkan berita baik tentang Yesus dan kebangkitan daripada kematian.

19Mereka membawanya ke Areopagus sambil berkata, “Bolehkah kami mengetahui apakah ajaran baru yang kamu katakan ini?

20Kamu menyampaikan ke telinga kami perkara-perkara yang aneh; oleh itu, kami hendak mengetahui ertinya segala perkara ini.”

21(Semua orang Atena dan orang asing di situ asyik sekali membincangkan atau mendengar tentang perkara-perkara terbaru).

22Paulus berdiri di tengah-tengah Areopagus itu lalu berkata, “Saudara-saudara orang Atena, aku lihat dalam semua hal saudara-saudara sentiasa ingat menyembah tuhan.

23Sedang aku berjalan-jalan sambil memerhatikan apa yang saudara-saudara sembah, di suatu tempat aku dapati suatu tempat korban yang ditulis begini: ‘Kepada Tuhan yang tidak diketahui.’ Tuhan yang saudara-saudara sembah tanpa mengetahui-Nya itulah yang hendak aku nyatakan kepada saudara-saudara.

24Allah yang menjadikan dunia dengan segala isinya ialah Tuhan langit dan bumi tidak tinggal di tempat sembahyang buatan manusia,

25dan tidak dilayani oleh manusia kerana Dia tidak kekurangan apa-apa. Malah Dialah yang memberi manusia hidup dan nafas serta segala-galanya.

26Daripada seorang manusia Dia menjadikan semua bangsa manusia yang menduduki seluruh muka bumi; Dia juga menetapkan masa dan daerah tempat mereka hidup.

27Masing-masing diharap mencari Allah, mudah-mudahan mereka menemui-Nya. Dia tidaklah jauh daripada kita.

28‘Kerana-Nya kita hidup, bergerak serta ada di dunia ini.’ Sebagaimana kata penyair bangsamu, ‘Kita ialah anak-Nya.’

29Oleh sebab kita keturunan Allah, tidak patut kita sangka keilahian-Nya seperti patung yang serupa dengan emas, perak atau batu yang diukir dengan kepandaian dan akal manusia.

30Allah membiarkan manusia melalui zaman kejahilan itu; tetapi sekarang Dia menyuruh manusia di seluruh dunia ini bertaubat;

31kerana Dia telah menetapkan bahawa pada suatu hari seisi dunia ini akan dihakimkan dengan adil oleh seorang yang ditentukan-Nya. Allah bersaksi akan hal ini kepada semua manusia dengan membangkitkan-Nya daripada kematian.”

32Apabila mendengar “membangkitkan-Nya daripada kematian”, ada yang mengejek-ejek; tetapi ada yang berkata, “Kami mahu mendengar lagi kamu bercakap tentang perkara itu.”

33Selepas itu, Paulus keluar daripada perhimpunan itu.

34Namun demikian, ada beberapa orang yang menjadi pengikut Paulus dan percaya akan kata-katanya; di antaranya ialah Dionisius anggota Areopagus, dan seorang wanita bernama Damaris, serta beberapa orang lagi.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 17 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel