Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 28 >> 

Kebangkitan Yesus

1Selepas hari Sabat, ketika fajar menyingsing pada hari pertama minggu itu, Maria Magdalena dan Maria yang seorang lagi pergi melihat makam Yesus.

2Tiba-tiba terjadi gempa bumi yang hebat, kerana seorang malaikat Tuhan turun dari syurga lalu menggulingkan batu yang menutup makam itu dan duduk di atasnya.

3Wajahnya laksana kilat dan pakaiannya seputih salji.

4Para pengawal menggeletar ketakutan apabila melihatnya, lalu menjadi seperti orang mati.

5Tetapi malaikat itu berkata kepada perempuan-perempuan itu, “Jangan takut, aku tahu kamu mencari Yesus yang telah disalib.

6Dia tidak ada di sini, kerana Dia telah bangkit semula, seperti yang dikatakan-Nya. Marilah lihat tempat Dia dibaringkan dahulu.

7Kemudian, segeralah pergi dan katakan kepada murid-murid-Nya bahawa Dia telah bangkit daripada kematian, dan Dia mendahului kamu ke Galilea. Di sana kamu akan melihat-Nya. Lihatlah, aku telah memberitahumu.”

8Mereka pun keluar dari makam itu dengan takut dan amat gembira, lalu berlari untuk membawa berita itu kepada para murid Yesus.

9Dalam perjalanan, tiba-tiba Yesus menemui mereka sambil berkata, “Salam sejahtera!” Lalu mereka pun mendekati Yesus dan memegang kaki-Nya serta menyembah-Nya.

10Kemudian Yesus berkata kepada mereka, “Jangan takut. Pergilah dan suruh saudara-saudara-Ku ke Galilea. Di sana mereka akan melihat-Ku.”

Laporan pengawal

11Sementara perempuan itu sedang dalam perjalanan, beberapa orang pengawal tersebut masuk ke kota dan melaporkan kepada ketua-ketua imam apa yang telah terjadi.

12Setelah bermesyuarat dengan tua-tua, mereka memberikan sejumlah wang yang besar kepada askar-askar yang berkawal itu

13serta berpesan, “Beritahu orang, ‘Para murid-Nya datang pada waktu malam dan mencuri mayat-Nya lalu dibawa pergi sewaktu kami sedang tidur.’

14Kalau hal ini sampai ke telinga gabenor, kami akan melembutkan hatinya dan kamu tidak akan diapa-apakan.”

15Mereka menerima wang itu dan melakukan apa yang diarahkan. Cerita ini biasa disebarkan dalam kalangan orang Yahudi hingga sekarang.

Perintah untuk memberitakan Injil

16Kemudian, murid Yesus yang sebelas itu pergi ke Galilea, ke gunung yang telah ditetapkan oleh-Nya.

17Di sana mereka melihat-Nya lalu menyembah-Nya. Namun demikian, ada antara mereka yang ragu.

18Yesus datang dan berkata kepada mereka, “Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi.

19Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus.

20Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 28 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran