Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 109 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud. Janganlah membisu, ya Allah yang kupuji,

2kerana mulut orang zalim dan mulut orang berdusta telah dibuka mengataku; mereka telah memfitnahku dengan lidah berdusta.

3Mereka juga telah mengelilingiku dengan kata-kata kebencian; dan memerangiku tanpa sebab.

4Sebagai balasan kasihku mereka menjadi pendakwaku, namun aku menumpukan diriku kepada berdoa.

5Demikianlah mereka membalas kebaikanku dengan kejahatan, dan kasihku dengan kebencian.

6Letakkanlah dia di bawah kuasa orang durjana; dan biarlah seorang pendakwa berdiri di sebelah tangan kanannya.

7Apabila dia dihakimi, biarlah dia didapati bersalah, dan biarlah doanya menjadi hukuman.

8Biarlah umurnya pendek; dan orang lain mengambil jawatan kepimpinannya.

9Biarlah anak-anaknya menjadi anak yatim dan isterinya menjadi balu.

10Biarlah anak-anaknya menjadi pengemis tanpa tempat berteduh; biarlah mereka mencari makan dari tempat-tempat mereka yang telah runtuh.

11Biarlah pemiutang merampas segala hartanya; dan biarlah orang lain merompak hasil jerihnya.

12Biarlah tiada siapa pun mengasihaninya, biarlah tiada seorang pun menyukai anak-anaknya yang menjadi yatim.

13Biarlah semua benihnya dimusnahkan, dan nama mereka dilupakan oleh keturunan akan datang.

14Biarlah dosa nenek moyangnya diingati di hadapan TUHAN; dan janganlah dosa ibunya diampunkan.

15Biarlah dosa mereka sentiasa diingati TUHAN, supaya Dia meluputkan mereka daripada ingatan manusia di bumi.

16Kerana dia tidak teringat hendak berbuat baik, tetapi dia menganiaya orang yang miskin dan sesak malah dia membunuh orang yang merana.

17Kerana dia suka menyumpah – biarlah sumpahnya berbalik kepadanya; kerana dia tidak suka memberkati – biarlah berkat jauh daripadanya.

18Kerana dia membiasakan dirinya dengan sumpahan seperti pakaian; biarlah sumpahan itu masuk ke tubuhnya seperti air, dan ke tulangnya seperti minyak.

19Biarlah sumpahan itu seperti pakaian yang menyalutinya, dan tali pinggang yang sentiasa dipakainya.

20Biarlah ini menjadi balasan TUHAN kepada mereka yang mendakwaku, dan kepada mereka yang menuturkan kejahatan tentangku.

21Tetapi Engkau, ya ALLAH, ya Tuhanku, tolonglah aku demi nama-Mu; kerana Engkau pengasihan, selamatkanlah aku.

22Kerana aku miskin dan sesak, dan memerlukan pertolongan, dan hatiku luka dalamku.

23Aku kian lenyap seperti bayang-bayang ketika memanjang; aku dikebas seperti belalang.

24Lututku lemah kerana berpuasa; dan tubuhku tinggal kulit dan tulang.

25Aku juga telah menjadi celaan orang; apabila mereka melihatku, mereka menggeleng-geleng kepala.

26Tolonglah aku, ya TUHAN, Allahku; selamatkanlah aku demi kasih-Mu.

27Supaya mereka tahu bahawa ini kerja tangan-Mu, bahawa Engkau, ya TUHAN, yang melakukannya.

28Biarlah mereka menyumpah, tetapi Engkau memberkati; apabila mereka bangkit, biarlah mereka berasa malu, tetapi biarlah hamba-Mu bergembira.

29Biarlah pendakwa-pendakwaku disaluti malu, biarlah mereka melitupi tubuh dengan keaiban seperti jubah.

30Aku akan memberi pujian tinggi kepada TUHAN dengan lidahku; ya, aku akan memuji-Nya dalam kalangan orang ramai.

31Kerana Dia akan berdiri di sebelah kanan orang miskin, untuk menyelamatkannya daripada orang yang menjatuhkan hukum mati.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 109 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel