1Mengapakah bangsa-bangsa berpakat dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia?
2Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian dan para pemerintah bermuafakat untuk melawan TUHAN dan melawan Dia yang diurapi-Nya;
3Mereka berkata, “Mari kita putuskan rantai pengikat mereka, dan buangkan belenggu mereka.”
4Dia yang bertakhta di syurga tertawa; TUHAN mencemuh mereka.
5Kemudian Dia menegur mereka dalam kemarahan-Nya dan menakutkan mereka dalam kemurkaan-Nya, sambil berfirman,
6“Aku telah menabalkan Raja-Ku di atas Sion, bukit suci-Ku.”
7Aku akan mengisytiharkan firman TUHAN: Dia berkata kepadaku, “Engkau Anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.
8Mintalah daripada-Ku, Aku akan menjadikan segala bangsa warisan-Mu, dan setiap pelosok bumi milik-Mu.
9Engkau akan memerintah mereka dengan tongkat besi; dan menghancurkan mereka seperti tembikar.”
10Oleh itu, hai kamu raja-raja, bijaksanalah; berhati-hatilah, kamu para pemerintah bumi.
11Layanlah TUHAN dengan rasa takut dan bersukacitalah dengan gementar.
12Ciumlah Anak itu, jangan sampai Dia marah lalu kamu dibinasakan di jalan, kerana kemurkaan-Nya mudah bermarak. Diberkatilah semua orang yang bernaung kepada-Nya.