Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 27 >> 

1Mazmur Daud. TUHAN cahayaku dan penyelamatanku – siapa perlu kutakuti? TUHAN kekuatan hidupku – siapa harus aku gentar?

2Apabila orang durjana menyerangku untuk membaham dagingku, semua musuh dan seteruku itu, tersandung lalu rebah.

3Kalaupun seangkatan tentera mengepungku, hatiku tidak akan ngeri; meski perang bangkit melandaku, tentang ini aku tetap yakin.

4Satu perkara yang kuingini daripada TUHAN, akan kupohonkan: semoga aku akan tinggal di dalam rumah TUHAN seumur hidupku, melihat keindahan TUHAN dan merenung di dalam rumah suci-Nya.

5Kerana pada waktu kesusahan Dia akan menyembunyikan aku di astaka-Nya; di ruang rahsia khemah-Nya Dia akan menyembunyikan aku. Dia akan mengangkatku ke atas batu pejal.

6Dan sekarang kepalaku diangkat tinggi di atas musuh sekelilingku; maka aku akan mempersembahkan korban dengan sorak-sorai kegembiraan di khemah-Nya; aku akan menyanyi, ya, aku akan menyanyi memuji TUHAN.

7Dengarlah, ya TUHAN, apabila suaraku berseru; dan kasihanilah aku, serta sahut seruanku.

8Hatiku berkata tentang-Mu, “Carilah wajah-Nya!” Wajah-Mu, ya TUHAN, akan kucari.

9Janganlah sembunyikan wajah-Mu daripadaku, jangan singkirkan hamba-Mu dengan murka; Engkau telah menolongku. Jangan pergi daripadaku, jangan tinggalkan aku, Ya Allah Penyelamatku.

10Apabila ibu bapaku berpaling daripadaku, TUHAN akan memeliharaku.

11Ajarlah aku jalan-Mu, ya TUHAN, dan bimbinglah aku ke jalan sejahtera kerana aku diserang musuh.

12Jangan serahkan aku ke tangan seteruku, kerana aku digugat saksi-saksi palsu, dan orang yang ganas.

13Tentulah aku putus asa melainkan aku percaya: bahawa aku akan melihat kebaikan TUHAN di tanah orang yang hidup.

14Nantikanlah TUHAN; tabahkan dirimu, teguhkan hatimu. Ya, nantikanlah TUHAN!


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 27 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel