Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 33 >> 

1Bergembiralah tentang TUHAN, wahai orang yang benar; kerana pujian daripada orang tulus sungguh indah.

2Pujilah TUHAN dengan bermain kecapi; mainkan lagu untuk-Nya dengan alat bertali sepuluh.

3Nyanyikan lagu baru untuk-Nya; mainkan dengan mahir sekali sambil bersorak ria.

4Kerana firman TUHAN itu benar; dan semua kerja-Nya dilakukan dengan kesetiaan.

5TUHAN mencintai perbenaran dan keadilan; bumi ini dipenuhi kasih setia-Nya.

6Dengan firman TUHAN langit telah dicipta, dan seluruh cakerawala dengan perintah-Nya.

7Dia menghimpunkan air segala lautan; Dia menyimpan khazanah lautan dalam perbendaharaan.

8Takutilah TUHAN, hai seluruh bumi; gerunlah kepada-Nya, hai semua penghuni dunia.

9Kerana Dia berfirman, lalu segalanya terjadi; Dia memberikan perintah, lalu segalanya teguh.

10TUHAN mematahkan rancangan bangsa-bangsa; Dia menjadikan niat mereka sia-sia.

11Rancangan TUHAN bertapak selama-lamanya, niat hati-Nya bagi manusia zaman-berzaman.

12Diberkatilah bangsa yang Allah mereka ialah TUHAN, mereka yang telah dipilih sebagai milik-Nya.

13TUHAN memandang dari syurga Dia melihat semua anak manusia;

14dari tempat bersemayam-Nya Dia memandang semua penghuni bumi –

15Dia membentuk hati setiap orang, Dia mempertimbangkan seluruh perbuatan mereka.

16Tiada raja yang diselamatkan oleh tentera yang besar; orang gagah perkasa tidak dapat diselamatkan oleh kekuatan yang hebat.

17Kuda yang diharapkan untuk menyelamatkan pasti mengecewakan; kekuatannya yang hebat tidak akan menyelamatkan sesiapa.

18Lihatlah, TUHAN menumpukan perhatian kepada mereka yang takut kepada-Nya, kepada mereka yang berharapkan kasih setia-Nya,

19untuk menyelamatkan mereka daripada maut, dan membolehkan mereka hidup ketika berlaku kebuluran.

20Jiwa kita berharap akan TUHAN; Dialah penolong dan perisai kita.

21Hati kita akan bergembira kerana Dia, sebab kita percaya akan nama-Nya yang suci.

22Limpahi kami dengan kasih setia-Mu, ya TUHAN, sebagaimana kami berharap kepada-Mu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 33 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel