Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 37 >> 

1Mazmur Daud. Jangan gusar kerana orang melakukan kejahatan dan jangan iri hati kepada orang yang melakukan kedurjanaan;

2kerana tidak lama lagi mereka akan ditebas seperti rumput, dan layu seperti layunya tumbuhan hijau.

3Percayalah kepada TUHAN, dan lakukan kebaikan; tinggallah di tanah ini dan berpeganglah kepada kesetiaan-Nya.

4Cari kebahagiaan daripada TUHAN, maka Dia akan menunaikan hasrat hatimu.

5Serahkan jalan hidupmu kepada TUHAN; percayalah kepada-Nya maka Dia akan bertindak:

6Dia akan menyatakan perbenaranmu seterang cahaya, dan keadilanmu seterang matahari tengah hari.

7Sandarkan hatimu kepada TUHAN dan sabarlah menanti tindakan-Nya; jangan gusar kerana ada yang makmur mengikut jalan sendiri, kerana ada yang menjayakan rancangan zalim.

8Jangan marah, jangan meradang; jangan gusar – segalanya cuma membawa mudarat.

9Orang yang melakukan kejahatan akan dimusnahkan, tetapi orang yang berharap kepada TUHAN akan mewarisi bumi.

10Hanya seketika lagi, orang zalim akan lenyap; malah kamu akan mencari dengan teliti bekas tempatnya, tetapi hapus sama sekali.

11Orang yang rendah hati akan mewarisi bumi dan akan bersukacita dengan kesejahteraan yang melimpah-limpah.

12Orang zalim menyusun rancangan menentang orang yang benar dan menggertakkan gigi terhadapnya;

13Tuhan mentertawakannya, kerana Tuhan tahu harinya akan tiba.

14Orang zalim telah menghunus pedang dan melengkungkan busur mereka untuk menindas orang miskin dan sesak, serta membunuh orang yang hidup tulus.

15Pedang mereka akan menembusi hati sendiri, dan busur mereka akan dipatahkan.

16Sedikit yang dimiliki oleh seorang yang benar lebih baik daripada kekayaan besar orang zalim;

17kerana lengan orang zalim akan dipatahkan, tetapi TUHAN akan menolong orang yang benar.

18TUHAN mengetahui hidup orang yang tidak bercela, dan warisan mereka akan kekal selama-lamanya.

19Mereka tidak akan menanggung malu pada masa kesusahan; dan pada masa kebuluran bekalan makanan mereka akan mencukupi.

20Tetapi orang zalim akan binasa: dan semua musuh TUHAN seperti keindahan padang rumput, semuanya akan lenyap seperti asap.

21Orang zalim meminjam lantas tidak membayar, tetapi orang yang benar menunjukkan belas kasihan lalu memberi;

22orang yang diberkati TUHAN akan mewarisi bumi ini, tetapi mereka yang disumpah-Nya akan disingkiri.

23Langkah seorang yang baik diperintahkan oleh TUHAN, dan Dia meredai jalan yang dilaluinya;

24kalaupun orang itu tergelincir, dia tidak akan rebah, kerana TUHAN menyokongnya dengan tangan-Nya.

25Dari usia muda hingga tua sekarang, tidak pernah kulihat orang benar diabaikan TUHAN atau anak cucunya mengemis untuk makan.

26Mereka sentiasa pengasihan dan membantu; dan anak cucu mereka diberkati.

27Tinggalkanlah kejahatan, dan lakukan kebaikan; lalu hiduplah selama-lamanya.

28Kerana TUHAN kasih akan keadilan dan tidak akan meninggalkan umat-Nya yang warak. Mereka dipeliharakan selama-lamanya, tetapi keturunan orang zalim akan disingkiri;

29Orang yang benar akan mewarisi tanah ini dan tinggal di sini selama-lamanya.

30Mulut orang yang benar menuturkan kebijaksanaan, dan lidahnya bercakap tentang keadilan.

31Hukum Allahnya bertapak dalam hatinya; kakinya tidak akan tergelincir.

32Orang zalim memerhatikan orang yang benar; dan cuba membunuhnya;

33TUHAN tidak akan membiarkan orang yang benar di tangan orang zalim dan tidak akan menghukum orang benar dalam penghakiman.

34Berharaplah kepada TUHAN dan ikuti jalan-Nya. Maka Dia akan mengangkatmu untuk mewarisi tanah ini; apabila orang zalim disingkiri, kamu akan melihatnya.

35Aku telah melihat orang zalim berkuasa besar dan meluaskan lagi kuasanya seperti dahan-dahan pokok yang subur,

36namun dia lenyap, tiba-tiba dia tiada lagi; aku mencarinya, tetapi dia tidak mungkin ditemui.

37Perhatikan orang yang tidak bercela, teliti orang yang tulus; kerana masa hadapannya adalah kesejahteraan.

38Tetapi orang yang ingkar akan dibinasakan bersama-sama; masa hadapan orang zalim akan dihapuskan.

39Penyelamatan orang yang benar adalah daripada TUHAN; Dia ialah kekuatan mereka pada waktu kesusahan.

40TUHAN akan menolong dan menyelamatkan mereka; Dia akan menyelamatkan mereka daripada orang zalim dan memelihara mereka, kerana mereka berlindung kepada-Nya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 37 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel