Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 49 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Mazmur puak Korah. Dengarlah, wahai segala bangsa; pasang telingamu, wahai semua penghuni dunia,

2baik hina atau mulia, kaya atau miskin:

3Lidahku akan menuturkan kebijaksanaan; dan renungan hatiku akan memberi pengertian.

4Aku akan meneliti amsal; dan menerangkan ertinya sambil memetik kecapi:

5Mengapa aku harus takut dalam masa kesusahan, ketika kejahatan yang memburuku telah mengepungku –

6mereka yang bergantung kepada kekayaan dan berbangga akan harta yang banyak?

7Sesungguhnya, seorang pun daripada mereka tidak berdaya menebus saudaranya dengan membayar harga tebusannya kepada Allah –

8kerana harga tebusan jiwa mereka sungguh mahal, maka jiwa mereka akan musnah –

9mereka tidak dapat hidup selama-lamanya dan tidak dapat mengelakkan kubur.

10Setiap manusia melihat orang bijaksana meninggal dunia; begitu juga orang bodoh dan orang tolol lalu meninggalkan kekayaan mereka kepada orang lain.

11Dalam hati mereka menyangka rumah mereka akan kekal selama-lamanya, akan menjadi kediaman zuriat mereka turun-temurun, mereka menamakan tanah dengan nama mereka.

12Namun demikian manusia, meskipun terhormat, tidak akan kekal; sama seperti haiwan, dia akan mati.

13Inilah nasib orang yang bodoh, dan keturunan mereka yang menyokong kata-kata mereka. Sela

14Seperti domba mereka berbaring di kubur, maut akan membaham mereka. Orang yang tulus akan berkuasa atas mereka setelah pagi nanti; dan jasad mereka akan dimusnahkan di kubur, jauh dari tempat kediaman mereka.

15Kerana Allah yang akan menyelamatkanku dari kubur; Dia akan membawaku bersama-Nya. Sela

16Jangan runsing ketika melihat orang menjadi kaya-raya, dan keluarganya semakin dimuliakan;

17kerana apabila dia mati, tiada suatu pun dibawanya, kemuliaannya tidak turut masuk ke kubur.

18Walaupun dia berasa bahagia ketika hidup – kerana orang yang berjaya sentiasa dipuji –

19namun dia akan menyusul nenek moyangnya, dan tidak akan melihat cahaya selama-lamanya.

20Orang yang dimuliakan tetapi tidak mengerti samalah seperti haiwan yang mati.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 49 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran