Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 54 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Dengan alat-alat muzik bertali. Renungan Daud ketika orang Zif memberitahu Saul, “Daud bersembunyi di kawasan kami.” Selamatkanlah aku, ya Allah, dengan nama-Mu; dan belalah aku dengan kekuatan-Mu.

2Dengarlah doaku, ya Allah; dengarlah kata-kataku.

3Orang asing telah bangkit menyerangku; dan orang zalim cuba meragut nyawaku – mereka tidak ingat akan Allah. Sela

4Allah menolong aku; Tuhan menyertai orang yang mempertahankan nyawaku.

5Allah akan membalas kejahatan musuhku; akan menghapuskan mereka dalam kesetiaan-Nya.

6Aku akan mempersembahkan korban kepada-Mu dengan sepenuh kerelaan; aku akan memuji nama-Mu, ya TUHAN, yang penuh kebaikan.

7Kerana Allah telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan, dan mataku telah melihat hasratku tercapai dengan ketewasan musuhku. Sela


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 54 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel