1Mazmur Daud ketika dia di Gurun Yehuda. Ya Allah, Engkau Allahku, aku akan mencari-Mu segera; jiwaku dahaga kepada-Mu, jasadku merindui-Mu, di tanah gersang tandus tanpa air.
2Maka aku mencari-Mu di tempat suci-Mu untuk melihat kekuasaan dan kemuliaan-Mu.
3Kerana kasih-Mu lebih bernilai daripada nyawa, bibirku akan memuji-Mu.
4Demikian aku akan memuji-Mu seumur hidupku, aku akan menadah tanganku dengan nama-Mu.
5Jiwaku akan berasa puas seperti dijamu; dan aku akan memuji-Mu dengan sukacita.
6Apabila aku ingat kepada-Mu di tempat tidurku; aku berjaga merenungkan Engkau sepanjang malam.
7Kerana Engkau telah menolongku, maka di bawah naungan sayap-Mu aku akan bergembira.
8Jiwaku mengikut jejak-Mu dari dekat; tangan kanan-Mu memberiku kekuatan.
9Tetapi mereka yang ingin meragut nyawaku; akan terbenam jauh di dalam bumi.
10Mereka mati ditikam pedang mereka akan menjadi habuan serigala.
11Raja akan bersukacita kerana Allah; setiap orang yang berjanji dengan nama Allah akan memuliakan-Nya, tetapi mulut pendusta akan dibisukan.