Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 85 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Mazmur suku Korah. TUHAN, Engkau telah meredai tanah-Mu; Engkau telah membawa Yakub pulang daripada tawanan.

2Engkau telah mengampunkan dosa umat-Mu; Engkau telah menghapuskan semua dosa mereka. Sela

3Engkau telah menarik balik segala kemurkaan-Mu Engkau telah berpaling daripada nyala kemarahan-Mu.

4Pulihkanlah kami, ya Allah Penyelamat kami, dan padamkanlah kemarahan-Mu terhadap kami.

5Akan marahkah Engkau kepada kami selama-lamanya? Akan Kauteruskankah kemarahan-Mu turun-temurun?

6Tidakkah Engkau mahu memulihkan kami, supaya umat-Mu dapat bergembira kerana-Mu?

7Tunjukkanlah kasih setia-Mu kepada kami, ya TUHAN, dan kurniai kami penyelamatan-Mu.

8Aku akan mendengar firman Allah, TUHAN; kerana Dia akan melafazkan sejahtera kepada umat-Nya dan orang warak-Nya – tetapi janganlah mereka kembali kepada kebodohan mereka.

9Sesungguhnya, penyelamatan-Nya dekat kepada mereka yang takut kepada-Nya, supaya kemuliaan menetap di tanah kita.

10Kasih sayang dan kesetiaan telah bertemu; Perbenaran dan sejahtera telah berdakapan.

11Kesetiaan akan muncul dari bumi, dan perbenaran akan memandang ke bawah dari syurga.

12Ya, TUHAN akan memberikan apa yang baik, dan tanah kita akan bertambah makmur.

13Perbenaran akan berjalan di hadapan-Nya dan menjadikan jejak langkah-Nya jalan untuk kita turuti.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 85 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel