Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Pengkhotbah 3 >> 

Ada waktunya bagi segala sesuatu

1Bagi segala sesuatu ada musimnya, dan bagi sesuatu apa pun di bawah kolong langit ada waktunya.

2Ada waktu untuk dilahirkan, ada waktu untuk mati, ada waktu untuk menanam, ada waktu untuk mencabut apa yang ditanam;

3ada waktu untuk membunuh, ada waktu untuk menyembuhkan; ada waktu untuk merobohkan, ada waktu untuk membina;

4ada waktu untuk menangis, ada waktu untuk ketawa; ada waktu untuk meratap; ada waktu untuk menari;

5ada waktu untuk melempar batu, ada waktu untuk mengumpulkan batu; ada waktu untuk memeluk, ada waktu untuk menahan diri;

6ada waktu untuk mencari, ada waktu untuk membiarkan hilang; ada waktu untuk menyimpan, ada waktu untuk membuang;

7ada waktu untuk mengoyak, ada waktu untuk menjahit; ada waktu untuk berdiam diri, ada waktu untuk bercakap;

8ada waktu untuk mengasihi, ada waktu untuk membenci; ada waktu untuk berperang, ada waktu untuk berdamai.

Kerja yang diberikan Allah

9Apakah keuntungan yang diperoleh seorang pekerja daripada jerih payahnya?

10Aku telah melihat pekerjaan berat yang diberikan Allah kepada anak-anak manusia untuk diusahakan.

11Dia menjadikan segala sesuatu indah pada waktunya, malah Dia meletakkan keabadian dalam hati mereka. Namun begitu, manusia tidak dapat menyelami pekerjaan yang dilakukan Allah dari awal hingga akhir.

12Aku tahu bahawa tiada yang lebih baik bagi manusia daripada bersukacita dan berbuat baik dalam kehidupan mereka.

13Juga, hakikat bahawa setiap orang dapat makan, minum dan menikmati kesenangan dalam segala usahanya dengan berjerih payah. Itu pun pemberian Allah.

14Aku tahu bahawa segala-gala yang dilakukan Allah tetap ada buat selama-lamanya; tiada yang dapat ditambah ataupun dikurangkan; Allah berbuat demikian demi memastikan manusia takut kepada-Nya.

15Yang sekarang ada dahulu sudah ada, dan yang akan ada sudah lama ada; dan Allah mencari yang sudah lalu.

Ketidakadilan dalam hidup

16Kulihat juga bahawa di bawah matahari: di tempat pengadilan pun ada kejahatan, dan di tempat kebenaran pun ada kefasiqan.

17Berkatalah aku dalam hati bahawa Allah akan mengadili orang yang benar dan orang yang fasiq, kerana segala hal dan segala pekerjaan ada waktunya.

18Berkata aku lagi dalam hati tentang anak-anak manusia, bahawa Allah memang menguji mereka agar mereka sedar betapa mereka sekadar seperti haiwan.

19Nasib anak-anak manusia memang sama dengan nasib haiwan dan peristiwa yang sama menimpa kedua-duanya. Sebagaimana yang satu mati, begitu jua halnya dengan yang lagi satu. Kedua-duanya sama-sama bernafas maka tiada kelebihan manusia berbanding dengan haiwan kerana segala-galanya hanya kesia-siaan.

20Kedua-duanya menuju tempat yang sama; kedua-duanya berasal daripada debu dan kedua-duanya kelak kembali menjadi debu.

21Siapakah yang mengetahui sama ada roh manusia naik ke atas dan roh haiwan turun ke dalam bumi?

22Maka kulihat bahawa tiada yang lebih baik bagi manusia selain bergembira menjalankan usahanya kerana itu bahagian untuknya. Siapakah yang akan memperlihatkan kepadanya apa yang bakal terjadi sesudah dia tiada lagi?


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Pengkhotbah 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel