Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Roma 3 >> 

Kesetiaan Allah

1Oleh itu, apakah kelebihan seorang Yahudi, dan apakah manfaat persunatan?

2Sungguh banyak dalam segala hal! Terutamanya kerana Firman Allah dipercayakan kepada mereka.

3Jika sesetengah mereka tidak beriman, adakah ini menjadikan kesetiaan Allah tidak berkesan?

4Sama sekali tidak! Allah tetap benar biarpun setiap manusia itu pembohong. Sebagaimana tersurat: “Supaya Engkau didapati benar dalam kata-kata-Mu, dan akan menang apabila Engkau dihakimi.”

5Tetapi jika kemungkaran kita menunjukkan perbenaran Allah, apa yang harus kita katakan? Adakah Allah tidak adil menimpakan kemurkaan-Nya? (Aku bercakap sebagai seorang manusia.)

6Sama sekali tidak! Kerana jika demikian, bagaimana Allah dapat menghakimi dunia!

7Jika kebenaran Allah bertambah kerana aku mendustai kemuliaan-Nya, mengapa aku tetap dihakimi sebagai orang berdosa?

8Dan mengapa tidak dikatakan, “Mari kita berbuat jahat supaya hasilnya baik.” Demikian orang memfitnahkan kita berkata dan sesetengahnya menegaskan bahawa kita berkata begitu. Hukuman atas mereka itu memang wajar.

Semua manusia berdosa

9Jadi bagaimana? Adakah kita lebih baik daripada mereka? Tidak sekali-kali. Kerana dahulu kita telah mengatakan bahawa baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, semuanya berada di bawah kuasa dosa.

10Sebagaimana tersurat: “Tiada yang benar, seorang pun tidak.

11Tiada yang mengerti, tiada yang mencari Allah.

12Semuanya telah berpaling, semuanya tidak berguna; tiada yang berbuat baik, tiada seorang pun.

13Kerongkong mereka seperti kubur terbuka; tipu daya mengalir dari lidah mereka; dan racun ular kapak berbisa di bawah bibir mereka

14Mulut mereka penuh sumpah seranah dan kepahitan.

15Kaki mereka cepat menumpahkan darah.

16Kemusnahan dan kesengsaraan mereka timbulkan merata-rata,

17sedangkan jalan damai tidak dikenal mereka.

18Rasa takut terhadap Allah tiada dalam jiwa mereka.”

19Kita tahu bahawa segala yang tersurat dalam Taurat adalah bagi mereka yang hidup di bawah Taurat. Oleh itu, tiada siapa pun dapat berdalih dan seluruh umat manusia akan dihakimi oleh Allah.

20Oleh itu, tiada siapa pun akan diperbenar di mata Allah kerana mengamalkan hukum Taurat. Sebaliknya hukum Taurat hanya menyedarkan manusia bahawa mereka berdosa.

Manusia diperbenar kerana iman

21Tetapi sekarang, tanpa hukum Taurat, perbenaran Allah telah dinyatakan. Hukum Taurat dan para nabi telah memberikan kesaksian tentang hal itu.

22Perbenaran Allah hanya melalui iman kepada Yesus Kristus bagi semua yang percaya. Hal ini berlaku kepada semua orang tanpa membezakan sesiapa pun.

23Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.

24Namun demikian, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Kristus Yesus.

25Allah menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka.

26Tetapi sekarang Dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya. Allah menunjukkan bahawa Dia benar dan memperbenar semua mereka yang beriman kepada Yesus.

27Dengan demikian, apakah yang dapat dibanggakan? Tidak ada sama sekali! Adakah melalui ketaatan akan hukum Taurat? Tidak, tetapi melalui iman.

28Kerana kami yakin bahawa manusia diperbenar atas iman kepada Yesus Kristus, bukan kerana dia mengamalkan apa yang diwajibkan oleh hukum Taurat.

29Atau adakah Allah itu Tuhan orang Yahudi sahaja? Pasti tidak. Dia Tuhan bangsa-bangsa lain juga.

30Allah itu esa. Dia memperbenar orang yang bersunat melalui iman mereka. Demikian juga Dia memperbenar orang yang tidak bersunat melalui iman mereka.

31Maka adakah kita memansuhkan hukum Taurat dengan iman? Sama sekali tidak! Malah kita menegakkan Taurat.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Roma 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran