Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yehezkiel 31 >> 

Firaun dilambangkan sebagai pokok araz yang ditebang

1Pada tahun kesebelas, tepatnya pada hari pertama dalam bulan ketiga, datanglah firman TUHAN kepadaku demikian,

2‘Wahai anak manusia, katakanlah kepada raja Mesir Firaun dan kepada rakyatnya, “Siapakah yang dapat menyamai engkau dalam kebesaranmu?

3Lihatlah, engkau menyamai orang Asyur, yang serupa pokok araz di Lebanon. Cabang-cabangnya elok, menaungi hutan. Ia menjulang tinggi, dan pucuknya yang teratas ada di antara cabang yang rendang.

4Air membuatnya besar, mata air yang dalam membuatnya tinggi. Sungai-sungainya mengalir, mengelilingi tempat ia ditanam. Saluran-salurannya menjangkau segala pokok di padang.

5Oleh sebab itu ia menjulang tinggi melebihi segala pokok di padang. Cabangnya menjadi banyak dan dahan-dahannya memanjang akibat limpahan air dalam pertumbuhannya.

6Segala burung di udara bersarang pada cabangnya. Segala binatang liar beranak di bawah dahannya. Segala bangsa besar duduk di bawah naungannya.

7Ia elok kerana besarnya dan kerana ranting-rantingnya yang panjang, kerana akarnya berada dekat air yang berlimpahan.

8Pokok-pokok araz di taman Allah tidak dapat menyainginya. Pokok-pokok sanubar tidak dapat menyamai cabang-cabangnya, dan pokok-pokok berangan tidak dapat dibandingkan dengan dahan-dahannya. Segala pokok di taman Allah tidak dapat menyamainya dalam hal keelokannya.

9Aku menjadikannya elok dengan banyak rantingnya. Maka dengkilah segala pokok di taman firdaus – taman Allah – di Eden.

10Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH, “Hatinya menjadi sombong kerana ia menjulang tinggi dan pucuknya yang teratas menjulur di antara cabang yang rendang.

11Oleh sebab itu, Aku menyerahkannya ke dalam tangan seorang yang berkuasa dalam kalangan bangsa asing, dan akan memperlakukan dia selaras dengan kefasiqannya. Aku menghalaunya.

12Golongan orang asing yang terkejam dalam kalangan bangsa menebang dan menterlantarkannya. Di atas gunung-gunung dan di segala lembah, rantingnya berguguran. Patahan dahannya ada di semua alur sungai negeri itu. Semua bangsa di bumi pergi meninggalkan naungannya dan menterlantarkannya.

13Segala burung di udara hinggap di atas batangnya yang tumbang dan segala binatang liar ada di dahan-dahannya.

14Semua itu terjadi supaya tidak ada lagi pokok di tepi air itu tumbuh menjulang tinggi atau menjulurkan pucuknya yang teratas di antara cabang yang rendang, dan tidak ada lagi pokok besar yang dapat berdiri tinggi-tinggi walaupun banyak menyerap air, kerana semuanya telah ditentukan untuk mati di bahagian bumi yang terbawah, di antara anak manusia yang turun ke liang kubur.”

15Beginilah firman Tuhan ALLAH, “Pada hari ia turun ke alam kubur, Kusuruh semua berkabung kerananya. Kutudung mata air yang dalam kerananya, dan Kutahan sungai-sungainya sehingga limpahan air terbendung. Lebanon Kubuat berdukacita kerananya, segala pokok di padang pun merana kerananya.

16Aku membuat bangsa-bangsa gementar mendengar bunyi tumbangnya ketika Kuturunkannya ke alam kubur bersama-sama mereka yang turun ke liang kubur. Segala pokok taman Eden, yang terpilih dan terbaik dari Lebanon, segala pokok yang menyerap air, akan berasa terhibur di bahagian bumi yang terbawah.

17Mereka juga turun ke alam kubur bersama-samanya untuk menemui kalangan yang terbunuh oleh pedang dan kalangan bangsa yang duduk di bawah naungannya.

18Dalam hal kemuliaan dan kebesaran, dengan siapa engkau dapat disamakan antara pokok taman Eden? Akan tetapi, engkau akan diturunkan bersama-sama pokok-pokok taman Eden ke bahagian bumi yang terbawah. Engkau akan terbujur antara orang yang tidak bersunat, bersama-sama orang yang terbunuh oleh pedang. Itulah Firaun dan seluruh rakyatnya, demikianlah firman Tuhan ALLAH.’


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yehezkiel 31 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel