Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yeremia 7 >> 

Khutbah Yeremia tentang Bait Suci

1Demikianlah firman yang turun daripada TUHAN kepada Yeremia,

2“Berdirilah di pintu gerbang Bait TUHAN, serukanlah firman ini di sana dan katakanlah, ‘Dengarlah firman TUHAN, wahai semua orang Yehuda yang masuk melalui pintu-pintu gerbang ini untuk menyembah TUHAN!

3Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel: Perbaiklah perilakumu dan perbuatanmu, maka Aku akan membiarkan kamu diam di tempat ini.

4Jangan percaya kepada perkataan dusta yang berbunyi, ‘Inilah Bait Suci TUHAN, Bait Suci TUHAN, Bait Suci TUHAN.’

5Jika kamu sungguh-sungguh memperbaik perilakumu dan perbuatanmu, jika kamu sungguh-sungguh melaksanakan keadilan antara satu sama lain,

6tidak menindas pendatang, anak yatim, dan balu, tidak menumpahkan darah orang yang tidak bersalah di tempat ini, dan tidak mengikuti tuhan-tuhan lain yang akan mendatangkan kemalangan terhadap dirimu sendiri,

7maka Aku akan membiarkan kamu diam di tempat ini, di negeri yang telah Kukurniakan kepada nenek moyangmu sejak dahulukala untuk selama-lamanya.

8Tetapi kamu percaya kepada perkataan dusta yang tidak memberikan faedah.

9Masakan kamu mencuri, membunuh, berzina, bersumpah dusta, membakar dupa bagi Baal, dan mengikuti tuhan-tuhan lain yang tidak kamu kenal,

10kemudian datang dan berdiri di hadirat-Ku dalam bait yang disebut dengan nama-Ku ini, sambil berkata, ‘Kita diselamatkan’ – sehingga dapat melakukan segala kekejian ini?

11Adakah bait yang disebut dengan nama-Ku ini sudah kamu anggap sebagai sarang penyamun? Sesungguhnya, Aku sendiri melihatnya,” demikianlah firman TUHAN.

12“Pergilah ke tempat suci-Ku di Silo, tempat Aku menegakkan nama-Ku pada mula-mulanya, dan lihatlah apa yang telah Kulakukan terhadap tempat itu kerana kejahatan umat-Ku Israel!

13Kamu telah melakukan segala perbuatan itu,” demikianlah firman TUHAN, “walaupun Aku telah terus-menerus berfirman kepadamu tetapi kamu tidak mahu mendengar, dan Aku telah berseru kepadamu tetapi kamu tidak mahu menjawab.

14Maka sekarang, seperti yang Kulakukan terhadap Silo, demikianlah akan Kulakukan terhadap bait yang disebut dengan nama-Ku, yang kamu harapkan itu, serta terhadap tempat yang telah Kukurniakan kepadamu dan kepada nenek moyangmu.

15Aku akan membuang kamu dari hadirat-Ku, sebagaimana Aku membuang semua saudaramu, iaitu seluruh keturunan Efraim.”

Melawan penyembahan Ratu Langit

16“Mengenai engkau, jangan berdoa bagi bangsa ini dan jangan panjatkan permohonan atau doa bagi mereka. Jangan desak Aku, kerana Aku tidak akan mendengar engkau.

17Tidakkah kaulihat apa yang dilakukan mereka di kota-kota Yehuda dan di jalan-jalan Yerusalem?

18Anak memungut kayu, ayah menyalakan api, dan kaum perempuan menguli adunan untuk membuat penganan bagi Ratu Langit. Mereka mencurahkan persembahan minuman bagi tuhan-tuhan lain untuk membangkitkan murka-Ku.

19Sungguhkah Aku yang disakiti mereka?” demikianlah firman TUHAN, “Bukankah diri mereka sendiri yang disakiti sehingga muka mereka tercoreng?”

20Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH, “Sesungguhnya, amarah-Ku dan murka-Ku akan dicurahkan ke atas tempat ini atas manusia, atas binatang, atas pepohonan di padang, dan atas hasil tanah. Murka itu akan menyala-nyala dan tidak dapat dipadamkan.”

Melawan ibadat tanpa kesetiaan

21Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, “Tambahkan sajalah korban bakaranmu kepada korban sembelihanmu, lalu makanlah dagingnya.

22Sesungguhnya, pada waktu Aku membawa nenek moyangmu keluar dari Tanah Mesir, Aku tidak berfirman atau memerintahkan mereka tentang korban bakaran dan korban sembelihan.

23Tetapi hal inilah yang Kuperintahkan kepada mereka, ‘Patuhilah Aku, maka Aku akan menjadi Allahmu dan kamu akan menjadi umat-Ku. Tempuhlah segala jalan yang Kuperintahkan kepadamu, supaya baik keadaanmu.’

24Tetapi mereka tidak mahu mendengar dan tidak mahu memberikan perhatian. Mereka malah mengikuti rancangan sendiri dan kedegilan hati mereka yang jahat. Mereka mundur, bukan maju.

25Sejak nenek moyangmu keluar dari Tanah Mesir sampai hari ini, Aku mengutus semua hamba-Ku, para nabi kepadamu, setiap hari dan terus-menerus.

26Tetapi mereka tidak mahu mendengar Aku atau memberikan perhatian. Mereka malah mengeraskan hati dan berbuat lebih jahat daripada nenek moyang mereka.

27Engkau akan menyampaikan segala hal ini kepada mereka, tetapi mereka tidak akan mendengar engkau. Engkau akan berseru kepada mereka, tetapi mereka tidak akan menjawab engkau.

28Jadi, katakanlah kepada mereka, ‘Inilah bangsa yang tidak mahu mematuhi TUHAN Allah mereka, dan yang tidak mahu menerima pengajaran. Kebenaran sudah hilang lenyap daripada mulut mereka.’ ”

Penyembahan berhala dan akibatnya

29“Cukurlah rambutmu dan buanglah! Nyaringkanlah ratapan di atas bukit-bukit yang gondol, kerana TUHAN telah menolak dan meninggalkan keturunan yang dimurkai-Nya!

30Bani Yehuda telah melakukan apa yang jahat di mata-Ku,” demikianlah firman TUHAN. “Mereka menaruh tuhan mereka yang menjijikkan di dalam bait yang disebut dengan nama-Ku, untuk menajiskannya.

31Mereka juga membangunkan bukit pemujaan Tofet di Lembah Ben-Hinom untuk membakar habis anak-anak mereka baik lelaki mahupun perempuan – suatu hal yang tidak pernah Kuperintahkan dan yang tidak pernah terpersil dalam hati-Ku.

32Oleh sebab itu ketahuilah, waktunya akan datang,” demikianlah firman TUHAN, “bahawa orang tidak lagi akan menyebutnya Tofet atau Lembah Ben-Hinom, tetapi Lembah Pembunuhan. Tofet akan menjadi tempat menguburkan orang kerana tidak ada tempat lagi.

33Mayat bangsa ini akan menjadi makanan burung di udara dan binatang di bumi tanpa ada yang mengusik mereka.

34Di kota-kota Yehuda dan di jalan-jalan Yerusalem akan Kuhentikan suara kegirangan dan suara kegembiraan, suara pengantin lelaki dan suara pengantin perempuan, kerana negeri ini akan menjadi reruntuhan.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yeremia 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel