Nyanyian syukur
1Pada hari itu kamu akan berkata, “Aku mahu mengucap syukur kepada-Mu, ya TUHAN, kerana sungguhpun Engkau telah murka kepadaku, murka-Mu telah surut dan Engkau menghiburkan aku.
2Sesungguhnya, Allah ialah penyelamatanku. Aku percaya dan tidak gentar, kerana TUHAN ALLAH sajalah, kekuatanku dan puji-pujianku. Dia telah menjadi penyelamatanku.”
3Dengan girang kamu akan menimba air daripada mata air penyelamatan.
4Pada hari itu kamu akan berkata, “Ucapkanlah syukur kepada TUHAN, serulah nama-Nya. Beritahukanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa, masyhurkanlah bahawa nama-Nya luhur.
5Lantunkanlah puji-pujian bagi TUHAN, kerana perbuatan-Nya agung. Biarlah hal ini diketahui di seluruh bumi.
6Pekiklah dan bersorak-sorailah, wahai penduduk Sion, kerana Yang Maha Suci, Allah Israel, agung di tengah-tengahmu.”