Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yosua 5 >> 

Persunatan dan Hari Raya Paskah di Gilgal

1Maka apabila terdengar oleh semua raja bani Amori yang tinggal di sebelah barat Sungai Yordan dan semua raja bani Kanaan yang tinggal di tepi laut perihal TUHAN mengeringkan Sungai Yordan di hadapan orang Israel sehingga orang Israel dapat menyeberang, maka tawarlah hati mereka dan mereka tidak lagi bersemangat menghadapi orang Israel.

2Pada waktu itu berfirmanlah TUHAN kepada Yosua, “Buatlah beberapa bilah pisau daripada batu dan sunatkan lagi orang Israel buat kali keduanya.”

3Maka Yosua membuat beberapa bilah pisau daripada batu, lalu disunatkannya orang Israel di Bukit Sunat.

4Inilah alasan mengapa Yosua menyunatkan mereka: Semua lelaki antara orang yang keluar dari Mesir, iaitu semua pejuang lelaki, telah mati di gurun dalam perjalanan sesudah keluar dari Mesir.

5Semua orang yang keluar itu sudah disunatkan, tetapi keturunan baru yang lahir di gurun dalam perjalanan setelah keluar dari Mesir belum disunatkan.

6Orang Israel berjalan selama empat puluh tahun di gurun sampai seluruh pejuang bangsa yang keluar dari Mesir itu habis mati, kerana mereka tidak mematuhi TUHAN. Kepada mereka TUHAN telah bersumpah bahawa Dia tidak akan mengizinkan mereka melihat negeri yang dijanjikan TUHAN dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka untuk dikurniakan kepada kita, iaitu sebuah negeri yang berlimpah-limpah dengan susu dan madu.

7Jadi, Allah membangkitkan anak-anak mereka sebagai ganti mereka, dan mereka itulah yang disunatkan oleh Yosua. Mereka belum bersunat, kerana mereka tidak disunatkan dalam perjalanan itu.

8Setelah seluruh umat itu selesai disunatkan, tinggallah mereka di tempat masing-masing di perkhemahan itu sampai mereka pulih.

9Kemudian TUHAN berfirman kepada Yosua, “Hari ini telah Kugulingkan cela Mesir itu daripada kamu.” Itulah sebabnya tempat itu dinamai Gilgal sampai hari ini.

10Orang Israel berkhemah di Gilgal dan pada waktu petang hari keempat belas pada bulan itu, mereka merayakan Paskah di dataran Yerikho.

11Lalu sehari setelah Paskah, mereka memakan hasil negeri itu, iaitu roti yang tidak beragi dan bertih gandum.

12Sehari selepas mereka memakan hasil negeri itu, tiada lagi manna bagi orang Israel lalu mereka memakan hasil Tanah Kanaan pada tahun itu.

Panglima malaikat TUHAN

13Ketika Yosua berada dekat Yerikho lalu melayangkan pandangannya untuk mengamati sekelilingnya, tampak seorang laki-laki berdiri di hadapannya menghunus pedang di tangan. Yosua mendekatinya dan bertanya kepadanya, “Engkau memihak kami atau memihak musuh kami?”

14Lelaki itu menjawab, “Kedua-duanya pun bukan. Aku datang sekarang sebagai Panglima malaikat TUHAN.” Yosua pun bersujud dan memberi hormat lantas berkata kepadanya, “Apakah yang akan tuanku sabdakan kepada hambanya ini?”

15Jawab Panglima malaikat TUHAN itu kepada Yosua, “Tanggalkanlah kasut daripada kakimu kerana tempat engkau berdiri itu suci.” Lalu Yosua pun berbuat demikian.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yosua 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel