Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Zakharia 13 >> 

Penyingkiran berhala dan nabi sesat

1“Pada waktu itu akan ada sebuah mata air yang terbuka bagi keturunan kaum Daud dan bagi penduduk Yerusalem untuk membersihkan dosa serta kenajisan.

2Pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN alam semesta, Aku akan melenyapkan nama berhala-berhala daripada negeri itu, sehingga semua itu tidak diingat lagi. Aku pun akan mengusir nabi-nabi dan roh najis dari negeri itu.”

3Jadi, apabila masih ada orang yang bernubuat, maka ayah dan ibu kandungnya sendiri akan berkata kepadanya, ‘Engkau harus mati, kerana engkau berkata dusta demi nama TUHAN!’ Lalu ayah dan ibu kandungnya sendiri akan menikam dia ketika dia bernubuat.

4“Pada waktu itu, setiap nabi akan malu kerana penglihatannya ketika bernubuat. Mereka tidak lagi akan memakai jubah berbulu untuk menipu.

5Sebaliknya, mereka akan berkata, ‘Aku bukan nabi. Aku seorang yang bercucuk tanam di tanah, kerana seseorang telah membelikannya bagiku sejak aku muda.’

6Kalau orang bertanya kepadanya, ‘Luka apa yang ada pada badanmu itu?’ Maka dia akan menjawab, ‘Itulah luka yang kudapat di rumah para sahabatku.’ ”

Pedang menimpa umat baru

7“Wahai pedang, bangkitlah melawan gembala-Ku, melawan orang yang menjadi sekutu-Ku,” demikianlah firman TUHAN alam semesta. “Rebahkanlah sang gembala, dan dombanya akan bertempiaran. Aku akan bertindak melawan yang kecil dan lemah.

8Maka di seluruh negeri,” demikianlah firman TUHAN, “dua pertiga bahagian akan dilenyapkan dan binasa, tetapi sepertiganya akan ditinggalkan hidup.

9Aku akan memasukkan yang sepertiga itu ke dalam api lalu memurnikan mereka seperti orang memurnikan perak dan menguji mereka seperti orang menguji emas. Mereka akan menyeru nama-Ku dan Aku akan menjawab mereka. Aku akan berkata, ‘Mereka sememangnya umat-Ku,’ dan mereka akan berkata, ‘TUHAN sememangnya Allahku.’ ”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Zakharia 13 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel