Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Efesus 1 >> 

1ADAPUN Paulus, sa'orang rasul Isa Almasih iya itu dungan kahandak Allah, datang kapada orang orang salih yang ada dinugri Efesus, surta kapada sagala orang yang burstia kapada Isa Almasih:

2Maka biarlah kiranya atas kamu anugrah, dan slamat deripada Allah iya itu Bapa kami, dan Tuhan Isa Almasih.

3Puji bagie Allah iya itu Bapa Tuhan kami Isa Almasih, yang tulah mumburkati akan kami dungan sagala burkat Roh Alkudus yang deri dalam shorga ulih Almasih:

4Sapurti yang tulah dipilihnya akan kami ulihnya iya itu turdahulu deripada kujadian dunia, supaya kami patut munjadi suchi dungan tiada burchachat dihadapannya ulih kasih:

5Maka iya tulah mununtukan turdahulu akan kami kapada pangkat anak anak angkat bagienya iya itu ulih Isa Almasih, munurut karelaan kahandaknya,

6Akan mumuji kamulian anugrahnya, itupun yang tulah munjadikan kami dapat ditrima ulih subab kakasihnya.

7Maka deripadanyalah kami tulah turtubus ulih subab burkat darahnya, maka iya itu ampunan sagala dosa, munurut kakayaan anugrahnya;

8Yang tulah dilempahkannya bagie kami dungan sagala hikmat dan bijaksana;

9Ulih subab iya tulah mumbri tau pada kamu akan rahsia kahandaknya itu, munurut karelaannya yang tulah dituntukannya dalam dirinya:

10Supaya dalam puratoran prentah akan hal sagala waktu yang kulak digunapi itu bulihlah iya munghimpunkan sama sama munjadi satu sagala purkara itu bagie Almasih, iya itu baik yang dishorga, baik yang didunia; bagienya juga:

11Maka deripadanyalah juga kami tulah burulih suatu pusaka, subab kami tulah dituntukan sapurti munurut kahandak Allah, yang mulakukan sagala sa'suatu munurut mufakat kahandaknya sundiri:

12Supaya kami kulak bulih munjadi kapujian bagie kamuliannya, yang turdahulu tulah burgantong akan Almasih.

13Dan kapadanyalah juga kami pun burgantong, kumdian deripada kamu tulah munungar purkataan yang bunar, iya itu injil slamat kamu yang kukal: dalamnya juga sutlah sudah kamu purchaya, maka kamu dimutriekan dungan Roh Alkudus itu yang tulah dijanjikan,

14Iya itulah haluan pusaka kami sahingga pundapatan tubusan yang tulah turbli itu, bagie kapujian kamuliannya.

15Maka subab itulah akupun, tulah sudah munungar deri hal iman kamu bagie Tuhan Isa, surta kasih kamu akan sagala orang salih itu,

16Tiadalah aku burhinti deripada munguchapkan shukur kurna kamu itu, sambil kusubutkan hal kamu dalam sagala doaku;

17Supaya bulih Allah Tuhan kami Isa Almasih, iya itu Bapa kamulian, mungurniakan pada kamu roh budiman dan purtunjukkan akan mungunal dia:

18Adapun subab mata akal kamu itu ditrangkan; supaya kamu dapat mungataui akan hal harap jumputannya itu, dan apakah kakayaan kamulian pusakanya itu bagie orang orang salih itu,

19Dan lagi pula apakah tursangat kabusaran kuasanya munuju kamu yang purchaya ini, sapurti pukurjaannya yang tursangat kuasa itu,

20Yang tulah dilakukannya kapada Almasih, tutkala dibangkitkannya akan dia deripada matinya, dan didudukkannya akan dia sublah kanannya sundiri dalam shorga

21Iya itu turlebih tinggi deripada sagala kapala pumrentah, dan pungusaan, dan kuasa, dan pumrentahan, dan deripada sagala nama yang dinamai, bukannya dalam dunia ini sahja, mulainkan dalam yang akan datang pun:

22Dan lagi iya tulah munarohkan sagala sa'suatu itu kabawah kakinya, surta dijadikannya akan dia kupala atas sagala sa'suatu bagie sidang jumaat,

23Maka iya itulah tubohnya, dan kalempahannya yang mumunohi sagala sa'suatu dalam sagala sa'suatu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Efesus 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran