Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Filipi 2 >> 

1MAKA jikalau kiranya ada barang kasunangan deripada Almasih, jikalau ada barang punghiboran kasih, jikalau ada barang taulan Roh, jikalau ada barang buah hati dan kamuraan,

2Munggunapilah kasukaanku, supaya bursamaanlah ingatanmu, subab munaroh sama kasih, subab ada sama sufakat, dan sama hati.

3Maka janganlah kamu burbuat barang suatu purkara juapun dungan purbantahan atau dungan munchari kumugahan; tutapi dungan rundah hati biarlah masing masing mungasihi sa'orang akan sa'orang turlebih deripada dirinya sundiri.

4Janganlah masing masing mulihat halnya sundiri sahja, tutapi handaklah masing masing mulihat hal hal orang lain pun.

5Maka biarlah kiranya ada ingatan yang dumkian itu dalam kamu, sapurti yang sudah ada dalam Isa Almasih:

6Tutkala iya dalam kaadan Allah, tiadalah iya sangka rampasan kalau iya munjadi sutara dungan Allah:

7Tutapi iya tiada munchari kabilangan, mulainkan iya munjadikan dirinya bursifat hamba, surta pula tulah dijadikannya sama dungan manusia:

8Maka tutkala didapati akan dia dungan hal manusia, maka dirundahkannyalah dirinya, dan ta'aloklah iya kapada mati, muskipun kapada kumatian salib.

9Maka subab itulah tulah ditinggikan Allah sangat akan dia, surta akan dikurniakannya padanya suatu nama yang diatas sagala nama;

10Supaya akan nama Isa itu kulak patut tunduk sagala lutut, iya itu baik sagala purkara yang dilangit, baik purkara yang dibumi, baik purkara dibawah bumi;

11Dan supaya sagala lidah pun mungaku bahwasanya Isa Almasih itu Tuhan, bagie kamuliaan Allah iya itu Bapa.

12Maka subab itulah, kukasihku, adapun sapurti pada sudiakalanya kamu tulah munurut itu, bukannya dihadapanku sahja, mulainkan skarang turlebih pula diblakangku, maka handaklah kamu mungurjakan slamat kukalmu sundiri dungan takut dan gumuntar.

13Kurna Allah juga yang munggrakkan dalam hati kamu itu baik burniat, baik mulakukan kurelaannya.

14Purbuatlah akan sagala purkara itu dungan tiada bursungut dan purbantahan:

15Supaya kamu munjadi orang ta'da bursalah dan ta'da pungapakan, sapurti anak anak Allah, yang tiada dapat dichula, diantara bangsa yang bengkang bengkok dan kachou belot, maka diantaranyalah kamu kulak burchaya sapurti trang dalam dunia;

16Mungunjukkan purkataan slamat kukal, supaya aku kulak akan bursuka chita pada hari datang Almasih, supaya aku tiada burlari lari dungan sia sia, atau burlulah dungan sia sia.

17Bahkan, jikalan kiranya aku ini dipursumbahkan atas korban dan pukurjaan iman kamu skalipun, maka suka chitalah juga aku, dan bursuka sukalah busurta dungan kamu skalian.

18Maka dungan hal dumkianlah juga handaklah kamu pun suka chita, dan bursuka sukalah busurta dungan aku.

19Akan tutapi haraplah juga aku dungan burkat Tuhan Isa dungan sugranya aku akan mungirimkan Timothius kapada kamu, supaya aku pun bulih mundapat punghiburan yang baik, apabila kukutahui sagala hal ehwal kamu.

20Kurna sa'orang pun tiada surtaku yang sama satu hati, yang mumpudulikan sagala hal hawal kamu dungan satiawannya.

21Kurna marika itu skalian, munchari hal dirinya sundiri dan bukannya deri purkara Isa Almasih.

22Tutapi kamu tulah mungataui tandanya itu, iya itu sapurti anak kapada bapanya, dumkianlah iya tulah burkhodmat surta dungan aku deri hal injil.

23Maka subab itulah harap aku akan mungirimkan dia itu dungan sugrahnya, surta kulihat apakah kasudahannya halku ini.

24Akan tutapi haraplah aku dungan burkat Tuhan supaya aku pun sundiri akan datang dungan sugrahnya:

25Tapi pada sangkaku baiklah juga mungirimkan Ipafroditus, saudaraku, yang sama bukurja, dan kawan soldadu, tutapi iya itu suruhan deripada kamu, dan yang tulah mumliharakan kakuranganku itu.

26Kurna iya tulah rindu akan kamu skalian, dan ada punoh dungan kubratan, subab kamu tulah munungar iya sakit.

27Maka sa'sungguhnya iya tulah sakit payah hampir mati: tutapi dikasihani Allah akan dia: maka bukannya akan dia sahja, mulainkan akupun asal jangan aku munaroh susah diatas susah.

28Maka subab itulah aku tulah mungirimkan akan dia dungan turlebih sugrah supaya apabila kamu burtumu dungan dia kulak kamu ulih bursuka sukalah, dan supaya duka chitaku pun, bulihlah burkurangan.

29Maka subab itu trimalah akan dia kurna Tuhan dungan bursuka sukaan; hormatilah akan orang yang dumkian itu:

30Subab pukurjaan Almasih hampir hampirlah iya mati, tiadalah iya mungindahkan jiwanya, subab iya handak munyampiekan kakurangan khodmat kamu akan daku.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Filipi 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2018
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran