Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Filipi 3 >> 

1MAKA akhirnya, hie sagala saudaraku, handaklah kamu bursuka chita kurna Tuhan. Adapun munyuratkan deri hal sama purkara itu, iya itu tiada munjadikan kasusahan bagieku, mulainkan iya itu mundatangkan slamat kapada kamu.

2Jagalah baik baik deri hal anjing, dan jagalah baik baik deri hal orang orang yang burbuat jahat, dan jagalah baik baik deri hal orang yang sunatkan.

3Kurna kami ini orang bursunat, yang munyumbah Allah dungan roh, dan yang mumugahkan Isa Almasih, dan tiada burgantong pada daging.

4Maka aku bulih burgantong kapada daging jikalau kiranya dungan sa'patutnya. Dan jikalau barang siapa yang munyangka patutlah burgantong kapada daging, maka akulah yang turlebih:

5Bursunatkan pada hari yang kadulapan, dan chabang deri bani Israel, dan deripada suku Benjamin, dan sa'orang Ibrani deripada Ibrani; adapun deri hal tauret, bahwa aku sa'orang Faresia;

6Dan deri hal rajin, munganyayakan sidang jumaat; dan deri hal kabunaran yang dalam tauret, tiadalah taksil lagi.

7Tutapi barang apa yang munjadi untung padaku, itulah juga kusangkakan karugian kurna Almasih.

8Bahkan dungan tiada shak, aku bilangkan samoa purkara itu banyak rugi subab kaindahan pungunalan akan Isa Almasih Tuhanku itu: maka deri kurnanyalah tulah kurasahi karugian deri sagala purkara, maka kubilangkan sapurti tai adanya, supaya aku munang akan Almasih,

9Dan didapatinya akan daku dalamnya, dungan tiada aku mumpunyai kubunaran, yang deripada hukum tauret, hanya deripada kubunaran yang turbit deripada iman akan Almasih, iya itu kubunaran yang deripada Allah ulih iman juga:

10Supaya aku bulih mungunal akan dia dan kuasa kubangkitannya, dan sama sangsaranya, surta mungikut pri kumatiannya;

11Maka kalau dungan sa'bulih bulihnya aku handak juga dapat sampie kapada kubangkitan orang mati.

12Bukannya sapurti yang sudah kudapati itu, atau sudah sampornalah aku ini: tutapi kukujar juga itu, kalau kalau aku bulih munchukup itu yang sapurti dichukupi ulih Isa Almasih akan dakupun.

13Saudara saudara, bahwa tiadalah kubilangkan diriku sapurti tulah munchukup itu: tutapi suatu purkara yang ada kupurbuat ini, iya itu mulakukan purkara yang diblakang itu, dan munchapie akan purkara purkara yang dihadapan,

14Maka aku lari munuju kapada alamat itu supaya burulih upah jumputan tinggi, iya itu deripada Allah dungan burkat Isa Almasih.

15Maka subab itu biarlah kita, subanyak kami yang samporna itupun, munaroh niat yang dumkian itu: maka jikalau kiranya dalam barang purkara kamu munaroh niat yang lain, nuschaya kulak dinyatakan Allah ini juapun kapada kamu.

16Kundatilah, sampie kamana kami tulah mundapat, maka biarlah kami munurut sama hukum, dan biarlah kami munaroh ingatan atas sama purkara.

17Saudara saudara, ikutlah sama sama akan daku, purhatikanlah akan orang orang yang tulah munjalani dumkian sapurti kamu mundapat kita orang akan tuladannya.

18(Kurna bubrapa orang yang burjalan, kurap kali aku tulah burkata akan hal marika itu kapada kamu, maka skarang pun aku burkata pula dungan tangisku, bahwa marika itulah sutru salib Almasih:

19Adapun kasudahan marika itu kulak kubinasaan, maka prutnya itulah Allahnya, dan kamuliannya itulah malunya, maka diindahkannya purkara dunia sahja.)

20Kurna kabebasan kami dalam shorga; maka disanalah kami munantikan Punulong; iya itu itu Tuhan Isa Almasih:

21Yang akan mungubahkan kulak tuboh kami, yang hina ini supaya munjadi sa'rupa dungan tubohnya yang mulia itu, iya itu munurut kuasa yang dapat ditundokkannya sagala purkara kapadanya sundiri.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Filipi 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel