Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Ibrani 2 >> 

1MAKA subab itu patutlah kita munaroh ingatan yang lebih yakin atas sagala purkara yang tulah kita dungar itu, asal jangan kita mulupaskan dia.

2Kurna jikalau furman yang dikatakan ulih maliekat itu tugoh adanya, dan tiap tiap kasalahan dan durahka itu dibalas dungan pumbalasan yang adil;

3Maka bagimanakah kulak kita bulih turlupas, jikalau kita laliekan akan slamat yang kukal sa'busar itu; yang pada mulanya tulah dikatakan ulih Tuhan, dan yang ditutapkan kapada kita ulih orang orang yang munungar akan dia itu;

4Maka Allah pun munjadi saksi, baik dungan alamat, baik dungan ajaib, surta dungan burbagie bagie muzizat, dan bubrapa anugrah deripada roh Alkudus, sapurti kahandaknya?

5Kurna tiadalah ditalokkannya dibawah prentah maliekat deri hal dunia yang akan datang itu, yang kita tulah katakan.

6Maka adalah sa'orang tulah mungatakan dalam suatu tumpat katanya, Apakah kiranya manusia itu yang angkau handak ingat akan dia? atau anak manusia yang angkau indahkan dia?

7Maka angkau tulah munjadikan dia itu rundah sudikit deripada maliekat maliekat; angkau mahkotai dia dungan kamuliaan dan hormat, surta munjadikan dia pumrentah atas sagala purbuatan tanganmu:

8Angkau tulah munaalokkan sa'musta skalian dibawah kakinya. Adapun tutkala iya munaalokkan skalian kabawahnya, maka tiadalah ditinggalkannya barang apa yang tiada ditaalokkannya dibawah prentahnya. Akan tutapi skarang bulomlah kita mulihat skalian itupun turtaalok kabawahnya.

9Tutapi ada kita tampak Isa itu, yang dijadikannya turundah sudikit deripada maliekat kurna murasai mati, tulah dimahkotai dungan kamuliaan dan hormat; supaya bulih iya dungan anugrah Allah patut munguchap mati subab sagala manusia.

10Subab layaklah kiranya kapada Allah, kurna kapadanyalah sagala sa'suatu, dan ulihnyalah juga sagala sa'suatu jadi, akan mumbawa bubrapa anak anak kapada kamuliaan, supaya munjadikan punghulu slamatnya itu samporna dungan sangsara.

11Kurna kaduanya iya itu baik yang munyuchikan dan baik yang disuchikannya itu suatu juga adanya: maka subab itulah tiadalah iya malu munyubut marika itu saudaranya,

12Katanya, maka aku handak mumashorkan namamu kapada sagala saudaraku, pada tungah tungah sidang jumaat pun aku akan munyanyi pujian bagiemu.

13Dan lagi pula, Aku akan munarohkan harapku kapadanya. Dan lagi pula tengoklah, aku dan anak anak yang tulah dikurniakan Allah kapadaku.

14Adapun subab anak anak itu burulih pri daging dan darah iya sindiri pun tulah mungambil sama bahgian juga; supaya dungan kamatiannya dapat dibinasakan akan dia yang ada burkuasa atas mati, iya itu iblis;

15Dan supaya iya mulupaskan orang orang itu yang turtaalok dibawah purhambaan sa'panjang umornya subab takutnya akan mati.

16Kurna sungguhnya Isa tiadalah mungambil tabiat maliekat, mulainkan iya mungambil akan tabiat bunih Ibrahim.

17Maka subab itu haruslah iya dijadikan sama sapurti saudaranya atas sagala purkara, supaya iya munjadi imam busar yang murah lagi sutiawan dalam sagala purkara bagie Allah supaya iya itu mundatangkan purdamiean subab dosa kaum itu.

18Ulih subab dia sundiri tulah munanggong sangsara, subab iya kuna purchobaan, maka dalam hal yang dumkian pun dapat juga ditulungnya akan orang yang dichobai itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ibrani 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel