Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 1 >> 

1ADAPUN hikayat yang purtama itu tulah kukarangkan, Hie Theofilus, deri hal sagala sa'suatu yang dipurbuat dan diajar ulih Isa,

2Maka sampielah pada hari tutkala iya dinaikkan, sutlah sudahlah iya burpusan dungan grak Roh Alkudus pada sagala rasul yang dipilehnya:

3Maka dungan bubrapa saksi yang bunar pun iya mununjokkan dirinya hidop pada marika itu kumdian deripada sangsaranya, surta dilihat ulih marika itu akan dia ampat puloh hari lamanya, dan dinyatakannya pada murika itu sagala pri hal krajaan Allah:

4Sutlah sudah iya burhimpun surta dungan marika itu, maka dipusannya bahwa janganlah marika itu muninggalkan Jerusalem, mulainkan nantikanlah purjanjian Bapa yang tulah kamu munungar deripada aku itu.

5Kurna sunggohpun Yahya tulah mumbaptisakan dungan ayer; tutapi kamu ini akan dibaptiskan pulah dungan Roh Alkudus kulak tiada brapa hari antaranya.

6Hata maka apabila marika itu tulah burhimpun, burtanyalah iya, katanya, Tuhan, angkaukah skarang handak mumulangkan kumbali krajaan kapada orang Israel?

7Maka jawabnya pada marika itu, Bukannya patut kamu mungutaui sagala waktu atau kutika yang tulah tursimpan ulih Bapa dungan kuasanya sundiri.

8Tutapi apabila datang kulak Roh Alkudus itu kapadamu, bahrulah kamu munurima kuasa: maka kamu akan munjadi saksiku baik diJerusalem, baik dalam suluruh tanah Yahuda, dan Samaria, sampie kahujong bumi.

9Subarmula sutlah sudahlah iya mungatakan sagala purkara ini, maka diangkatkanlah iya sa'muntara dilihat ulih marika itu akan dia, iya itu diklubungi ulih suatu awan sahingga lunyaplah iya deripada pumandangan marika itu.

10Maka apabila marika itu murnung runung kalangit antara iya diangkatkan itu, hieran, sa'kunyung kunyung maka adalah dua orang turdiri disisi marika itu dungan mumakie pukiean puteh;

11Katanya, Hie kamu skalian orang Galilia, mungapa kamu burdiri mungadah kalangit? adapun Isa yang tulah diangkatkan deripadamu kashorga itu, maka dumkianlah juga iya akan datang kumbali kulak sapurti yang kamu lihat iya naik kashorga itu.

12Shahadan sutlah itu, maka pulanglah marika itu kaJerusalem deripada bukit yang burnama Zeiton itu, adapun jauhnya deri Jerusalem itu, iya itu sa'jauh purjalan pada hari sabtu.

13Maka surta sudah marika itu skalian masok, maka naiklah iya kudalam suatu bilek diloteng, tumpat kadiaman Petros, dan Yakob, dan Yahya, dan Andria, Filipus, dan Thomas, Bartholomi, dan Mathius, Yakob bin Alfius, dan Simon Zelotis, dan Yuda saudara Yakob itu.

14Maka sagala marika itu adalah bursama sama dungan satu hati, surta mumohonkan dungan doa, busurta dungan sagala prumpuan, dan Muriam ibu Isa itu, surta dungan adek kakak Isa.

15Burmula maka pada masa itu burdirilah Petros diantara sagala murid itu, (adapun sagala orang yang mungadap itu, adalah kira kira sa'ratus dua puloh orang banyaknya.)

16Hie sagala tuan tuan dan saudara skalian, bahwa sa'harusnyalah akan digunapi purkataan kitab, yang tulah dahulu dikatakan Roh Alkudus iya itu dungan mulut Daud deri hal Yuda, yang tulah jadi punganjur sagala orang yang munangkap Isa.

17Kurna adalah iya itu sama taranya dungan kami, dan iyapun tulah burulih bahgian jawatan ini.

18Adapun iya itu tulah mumbli suatu padang dungan upah kusalahannya itu; maka jatohlah iya turjurumus, lalu puchalah prutnya turburielah sagala isi prutnya itu.

19Maka dikutauilah ulih sagala orang yang diam dinugri Jerusalem akan hal itu; sahingga padang itu disubutkan orang dungan bahsanya, Akeldama, iya itu, Padang darah.

20Kurna tulah tursurat dalam kitab Zabur, dumkian, Bahwa biarlah tumpat kadiamannya binasa, maka jangan orang duduk dalamnya itu: maka biarlah orang lain mungambil jawatannya itu.

21Maka subab itu patutlah ada sa'orang akan gantinya deri antara sagala orang yang tulah bursama sama dungan kami ini pada sudiakala kutika Isa itu burspugi dungan kami,

22Iya itu mulanya deripada baptisan Yahya, hingga sampie kapada masa tutkala iya diangkatkan deripada kami, yang bulih munjadi saksi bursama sama dungan kami akan hal Isa itu tulah dihidopkan pula.

23Maka dituntukan ulih marika itu dua orang, iya itu Yusuf tursubut Barsabas yang burgular Justus, dan lagi Matthias.

24Maka marika itu pun mumintalah doa, katanya, Ya Tuhan, bahwa angkaulah yang mungutaui akan hati sagala orang, tunjukkanlah kiranya diantara salalu sa'orang dalam kadua orang ini yang angkau tulah mumilih,

25Supaya ditrimanya bahgian jawatan dan pangkat rasul, maka deripada inilah Yuda tulah turchubur, supaya iya masok kudalam tumpatnya.

26Maka dibuanglah ulih marika itu undi; maka kunallah Matthias; maka iyapun dibilangkanlah masuk jumlah bursama sama dungan sa'blas rasul itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran