Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 2 >> 

1SUBARMULA tutkala sampielah hari Pantikosta, maka adalah sagala marika itu burkampong dalam suatu tumpat dungan satu hati.

2Maka skunyung kunyung turunlah deri langit suatu bunyi sapurti angin kras mundru, sahingga mumunuhilah iya akan sagala rumah yang ditumpat marika itu diam.

3Maka dilihat ulih marika itu bubrapa lidah sapurti api yang turbulah bulah, maka hinggaplah iya kaatas masing masing marika itu.

4Maka hati skalian marika itupun dipunohilah dungan Roh Alkudus, maka marika itu pun mumulailah burkata kata dungan bahsa lain lain, sapurti yang dikurniakan kuasa ulih Roh itu pada marika itu burkata kata.

5Shahadan maka adalah bubrapa orang Yahudi yang diam diJerusalem, iya itu orang burbakti, yang datang deripada sa'gunap nugri dibawah langit.

6Adapun sutlah kudungarlah khabar itu, maka burhimpunlah sagala orang surta dungan hierannya, subab masing masing yang datang itu munungar marika itu burkata kata dungan bahsa orang orang itu.

7Maka marika itu skalian pun hieranlah dungan turchungangnya, kata sa'orang kapada sa'orang Bukankah sagala orang yang burkata kata itu orang Galilia?

8Untah bagimanakah grangan masing masing kami munungar marika itu burkata kata dungan bahsa nugri, yang tumput kami dipuranakkan?

9Kami orang Parthi, dan Midi, dan orang Elam, dan orang yang munduduki Mesopotamia, dan tanah Yahuda, dan Kappadosia, dan Pontus, dan Asia,

10Dan Frijia, dan Pamfilia, dan Mashir, dan sagala tanah Libia yang dukat Sirini, dan orang dagang yang munduduki nugri Rom, iya itu orang Yahudi dan orang Moalaf,

11Orang nugri Kriti dan orang Arab, kami skalian munungar marika itu burkata kata dungan bahsa bahsa kami deri hal sagala purbuatan Allah yang ajaib.

12Maka hieranlah skaliannya, surta dungan bimbang hatinya, sambil burkata sa'orang pada sa'orang, Apakah artinya sagala purkara ini?

13Tutapi ada pula orang lain yang munyinder marika itu, katanya, Bahwa sagala marika itu tulah mabok dungan ayer anggor bahru.

14Shahadan maka burdirilah Petros, surta dungan sa'blas orang itu, munyaringkan suaranya, surta burkata pada marika itu, Hie sagala orang Yahudi, dan orang orang yang duduk diJerusalem, handaklah kiranya kamu kutaui, dan brilah tulinga akan sagala purkataanku ini:

15Bukannya marika itu mabok, sapurti yang kamu sangka, subab bahru juga pukol sambilan pagi.

16Tutapi inilah dia sapurti yang dikatakan ulih nabi Joel:

17Maka Allah burfurmanlah, akan jadi kulak pada hari yang turkumdian, bahwa aku akan munuangkan deripada Roh ku kaatas sagala manusia: maka anakmu laki laki dan prumpuan kulak akan burnabuat, dan orang muda mudamu pun akan mulihat bubrapa punglihatan, dan orang tua tuamu pun akan burmimpi bubrapa mimpi:

18Dan lagi kaatas sagala hambaku laki laki dan prumpuan kulak aku akan munuangkan Rohku pada masa itu; maka marika itu akan burnabuat:

19Shahadan pula aku akan mununjukkan bubrapa ajaib deri atas langit dan bubrapa tandah diatas bumi; iya itu darah dan api, dan wap asap:

20Burmula mata haripun akan burubah munjadi glap, dan bulan pun munjadi darah, dahulu deripada datang hari Tuhan, iya itu hari yang busar dan mulia adanya:

21Maka dumkianlah kulak akan jadi, bahwa barang siapa yang burdoa dungan nama Tuhan, iya itu akan turplihara.

22Hie sagala kamu orang Israel, dungarlah ulihmu akan purkataanku ini; adapun Isa orang Nazareth itu, iya itu sa'orang yang dipurtunjuki Allah diantara kamu dungan bubrapa ajaib dan mujizat dan alamat, yang tulah diadakan Allah ulih dia antara kamu, sapurti yang kamu sundiri mungutaui:

23Iya itu, yang tulah sudah disurahkan dungan bichara yang tuntu, dan dungan pungatauan Allah yang turdahulu, maka kamu tulah munangkap akan dia, dan munsalibkan dungan tangan yang jahat surta mumbunoh akan dia:

24Maka dilupaskan Allah akan dia deripada sagala kasakitan maut: surta dihidopkannya akan dia, subab maut itu tiada dapat munahankan dia.

25Kurna Daud tulah burkata akan halnya itu, Bahwa aku tulah mulihat Tuhan pada sudiakala dihadapanku, kurna iya pada kananku, supaya jangan aku burgrak:

26Subab itulah hatiku sukachita, dan lidahku pun mungadakan kasukaanlah; dan lagi tubohku pun akan diam dungan harapnya:

27Kurna tiada angkau akan muninggalkan jiwaku dalam alam burzak, dan tiada angkau mumbiarkan Orang Suchimu itu mungunai busok.

28Burmula angkau tulah munyatakan padaku sagala jalan slamat kukal; maka angkau akan mumunuhi aku dungan kasukaan halratmu.

29Hie tuan tuan dan sagala saudaraku, biarlah kiranya aku burkata kata kapada kamu dungan bebasnya akan hal nenek moyang, iya itu Daud, maka bahwa sa'sunggohnya iya tulah mati dan turtanam, maka kubornya pun adalah diantara kami sampie skarang ini.

30Adapun subab iya itu nabilah, maka dikutauinya bahwa Allah tulah burjanji dungan sumpah adanya, adapun deripada bunih pinggangnya, Allah akan munurbitkan Almasih itu dungan kaadaan manusia, iya itu akan munduduki diatas tahta krajaannya;

31Adapun subab dikutauinya itu turdahulu, maka dikatakannya hal Almasih itu akan dihidupkan pula, bahwa jiwanya tiada ditinggalkan dalam alam burzak, dan lagi tubohnya pula tiada akan mungunai busok.

32Maka Isa itulah yang tulah dihidopkan Allah pula, maka atas purkara inilah kami tulah munjadi saksi.

33Maka tugal iya tulah ditinggikan ulih tangan kanan Allah; dan tulah ditrimanya deripada Bapa akan purjanjian Roh Alkudus, maka iya pula tulah munuangkan akan dia itu, sapurti yang kamu lihat dan kamu dungar pada skarang ini.

34Kurna adapun Daud itu tiada dinaikkan kashorga: tutapi Iya burkata, Bahwa Tuhan sudah burfurman kapada Tuhanku, Duduklah angkau ara kananku,

35Sahingga kujadikan sagala sutrumu itu akan alas kakimu.

36Subab itu kutauilah hie sagala isi rumah orang Israel, bahwa dungan sa'sunggohnya Allah itu tulah munjadikan Isa, yang tulah kamu salihkan itu, iya itu Tuhan dan Almasih.

37Maka apabila marika itu munungar hal itu, burdubarlah hatinya, lalu burkatalah iya kapada Petros dan kapada sagala rasul yang lain lain itu, Hie tuan tuan dan saudara skalian, apakah yang patut kami burbuat?

38Maka burkatalah Petros pada marika itu, Handaklah kamu taubat, dan handaklah masing masing deripada kami dibaptiskan dungan nama Isa Almasih, supaya dosa kamu diampuni, maka nuschaya kamu pun kulak akan dikurniakan Roh Alkudus.

39Kurna adapun purjanjian itu bagie kamu, dan bagie anak anak kamu, dan bagie sagala orang orang yang jauh pun, dan bubrapa pun orang yang dijumput ulih Tuhan Allah kami.

40Maka dungan bubrapa purkataan yang lain lain lagi disaksikannya surta iya mumbri nasihat, katanya, Lupaskanlah dirimu deripada bangsa yang turbalik ini.

41Arkian maka sagala orang yang tulah munurima purkataannya itu dungan suka hatinya, itupun dibaptiskan: maka pada hari itu masoklah kudalam sidang jumaat ada kira kira tiga ribu orang banyaknya.

42Maka sagala orang itupun itupun tutkala dalam pungajaran sagala rasul dan purskutuan, dan mumakan roti, dan muminta doa.

43Maka orang orang skalian pun kutakutanlah: dan banyaklah purkara ajaib yang diadakan ulih sagala rasul itu.

44Subarmula maka sagala orang yang purchaya itupun adalah burhimpun bursama sama, dan sagala barang barang marika itu pun samalah dibagi samua orang;

45Maka dijuallah marika itu akan sagala harta bundanya, lalu dibahgikanlah dia itu diantara sagala orang murid, masing masing pada kadarnya.

46Maka marika itu skalian pun duduklah dalam kaabah dungan suatu hati, surta mumakan roti deripada sa'buah rumah kasa'buah rumah, dan dimakanlah ulih marika itu rizkinya dungan bursuka suka dan tulus hati.

47Subarmula marika itu mumuji Allah, dan burulih kasihan diantara sagala orang. Maka ditambahi Allah pada sa'hari hari bagie sidang jamaat itu bubrapa orang yang patut burulih slamat kukal.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel