Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 11 >> 

1MAKA skali purstua, tungah iya sudah muminta doa dalam suatu tumpat, sutlah habis, sa'orang deripada murid muridnya kata kapadanya, Tuhan, ajarkanlah kami muminta doa, sapurti yang diajarkan ulih Yahya akan murid muridnya.

2Maka katanya kapada marika itu, Apabila kamu muminta doa, kata, Bapa kami yang ada dishorga, Suchilah kiranya namamu. Krajaanmu datanglah. Kahandakmu jadilah, sapurti dalam shorga, dumkianlah dibumi.

3Brilah akan kami pada tiap tiap hari rezki kami. blajar muminta doa.

4Dan ampunilah akan dosa kami; kurna kami pun mungampuni akan sagala orang yang bursalah kapada kami. Dan janganlah bawa kami kudalam purchobaan; mulainkan lupaskanlah kami deripada jahat.

5Maka katanya kapada marika itu, Siapakah deripada kamu ada sa'orang sahabat, maka angkau handak purgi kapadanya tungah malam, dan burkata kapadanya, Sahabat, brilah pinjam akan daku tiga buah roti;

6Kurna sa'orang sahabat dalam purjalanannya tulah datang kapada aku, maka suatupun tiada kapada aku handak kuhadapkan kapadanya?

7Maka orang yang deri dalam, akan munjawab katanya, Janganlah munyusahkan aku: pintu itu sudah turtutup skarang, maka anak anakku pun ada bursama sama aku ditumpat tidor; tiadalah bulih aku bangun dan mumbri akan dikau.

8Aku burkata kapadamu. Muskipun iya tiada bangun mumbri akan dia, subab sahabatnya, dan subab diringek ringeknya, nanti iya bangun mumbri akan dia brapa banyak iya mau.

9Maka aku burkata kapadamu, Pinta, maka itu akan dibri kapadamu; chari maka angkau akan mundapat; kutoklah, maka itu akan dibukakkan kapadamu.

10Kurna barang siapa yang muminta akan dibrinya; dan orang yang munchari akan mundapat; dan kapada orang yang mungutok itu akan dibukakan.

11Jikalau sa'orang anak kulak muminta roti kapada barang siapa deripada angkau, iya itu sa'orang bapa, ta'kan iya mumbri akan dia sabuah batu? atau jikalau dipintanya saekor ikan, ta'kan dibrinya ganti ikan itu saekor ular?

12Atau jikalau kiranya dipintanya sabiji tulor, ta'kan dibrinya saekor kalajingking?

13Maka jikalau kiranya, kamu yang jahat, tau bagimana mumbri pumbrian yang baik kapada anak anakmu: estimewa Bapamu yang ada dishorga mumbri akan Roh Alkudus kapada orang yang muminta kapadanya?

14Maka Isa tulah mumbuangkan sa'orang hantu, deripada sa'orang kulu. Maka skali purstua, apabila hantu itu tulah kluar, orang kulu itu pun burkata katalah; maka kaum itu pun hieranlah.

15Tutapi kata stungah marika itu, iya mumbuangkan hantu itu kluar dungan kuasa Balzabub punghulu hantu itu.

16Maka lain lain orang, munchubai akan Isa, muminta deri padanya satu tanda deri langit.

17Tutapi dikatauinya, fikirannya, katanya kapada marika itu, Tiap tiap krajaan yang burchudra sama sundirinya iya itu akan binasa, dan sa'buah rumah burchudra dungan sa'buah rumah jatohlah iya.

18Jikalau Shietan itu pun burchudra sama sindirinya, bagimanakah kulak bulih krajaannya burdiri? kurna kamu burkata aku tulah mumbuangkan hantu dungan kuasa Balzabub.

19Maka jikalau aku dungan kuasa Balzabab mumbuangkan hantu, maka dungan apa kulak anak anak kamu mumbuangkan dia? subab itu marika itulah munjadi hakimmu.

20Tutapi jikalau aku dungan kuasa Allah mumbuangkan hantu, dapat tiada krajaan Allah itu sudah datang kaatas kamu,

21Maka apabila sa'orang kuat yang bursinjata mumliharakan mahligienya, maka artanya kulak akan slamat,

22Tutapi apabila sa'orang yang lebih kuat deripadanya akan datang kapadanya, surta mungalahkan dia, maka diambilnyalah deripadanya, sagala sinjatanya yang diharapnya, dan dibahgikannya tawanannya itu.

23Adapun orang yang tiada bursama sama dungan aku, iya itu mulawan aku: dan orang yang tiada mungampongkan bursama sama dungan aku iya munaborkan.

24Maka apabila sa'orang hantu itu kluar deripada sa'orang, dijalaninya sagala tumpat yang kring, munchari purhentian; maka tiadalah didapatinya, lain katanya, Aku akan kumbali karumahku yang tumpat aku kluar.

25Maka apabila iya datang, didapatinya akan dia tulah tursapu dan burhias.

26Sutlah itu purgilah iya, dibawanya bursama sama dungan dia tuju hantu yang lain, yang turlebih jabat deripadanya sundiri; maka masoklah marika itu kadalam, tinggallah disana: adapun hal manusia itu pada akhirnya turlebih jahat deripada yang purtama.

27Maka pada skali purstua, tungah Isa burkata kata akan purkara purkara ini, maka sa'orang prumpuan anu ada deripada purhimpunan itu pun mungangkatlah suaranya, lain burkata kapadanya, Slamatlah kiranya rahim yang tulah mungandongkan angkau, dan susu yang angkau hisap itu.

28Tutapi kata Isa, sasunggohnya turlebih pula, slamatnya pada marika itu yang munungar akan furman Allah, surta mumliharakan dia.

29Maka apabila orang orang itu burkampong rapat bursama sama, maka dimulienyalah burkata, Ini satu katurunan yang jahat: marika itu munchari suatu tanda; maka tiadalah akan dibri tanda kapadanya, mulainkan tanda nabi Yunus.

30Kurna sapurti Yunus tulah munjadi suatu tanda kapada orang Ninevi, dumkianlah juga adanya Anak manusia pun jadi kapada katurunan ini.

31Maka purmeisuri deri sulatan kulak akan burbangkit pada hari kiamat dungan orang orang deripada katurunan ini, maka disalahkannya akan marika itu: kurna iya datang deri bujong bumi akan munungar budi Sulieman; maka sasunggohnya, sa'orang yang turlebih busar deripada Sulieman ada disini.

32Maka orang orang Ninevi kulak akan burbangkit pada hari kiamat dungan katurunan ini, dan akan munyalahkan dia: kurna marika itu tulah burtaubatlah subab pungajaran Yunus; maka sasungguhnya sa'orang turlebih busar deripada Yunus ada disini.

33Maka sa'orang pun apabila iya mumasang sa'batang lilin, tiada ditarohnya akan dia pada suatu tumpat yang tursumbunyi atau dibawah suatu sukatan, mulainkan diatas suatu kaki lilin, supaya orang yang masok bulih mulihat trang itu.

34Adapun trang tuboh itu iya itulah mata: subab itu apabila matamu itu baik, sagala tubuhmu itupun punohlah dungan trang; tutapi apabila matamu itu jahat, tubuhmu itupun punohlah dungan kaglapan.

35Subab itu ingatlah baik baik, adapun trang yang ada dalammu itu jangan kaglapan.

36Subab itu jikalau sagala tubuhmu punoh dungan trang, tiada sudikit pun yang glap, skaliannya akan punoh dungan trang, sapurti apabila bundrang chaya sa'batang lilin tulah mumbri akan dikau trang.

37Maka tungah iya burtutur, sa'orang Farisia anu muminta kapadanya makan dungan dia: maka purgilah iya kudalam, surta duduk makan.

38Maka apabila dilihat orang; Farasia itu, hieranlah iya subab tiada iya mumbasoh dahulu deripada makan.

39Maka kata Tuhan kapadanya, Skarang kamu orang Farasia munyuchikan disublah luar mangkok dan piring; tutapi disublah dalammu itu ada punoh dungan punyamun dan kujahatan.

40Kamu gila, bukankah iya yang munjadikan lahir itu tulah munjadikan batin itupun?

41Tutapi turutama mumbri sudukah akan barang purkara purkara yang ada padamu itu; bahwa sunggohnya, sagala purkara itu suchi bagie kamu.

42Tutapi karamlah bagiemu orang orang Faresia! kurna kamu mungambil sa'puloh asa dan ruh sagala junis rumpah rumpah, dan mulalui kaadilan dan kasih deripada Allah: skalian ini yang patut kamu purbuat, dan jangan ditinggalkan yang lain itu tiada dipurbuat.

43Karamlah bagiemu, orang orang Faresia! kurna kamu mungasihi kadudukkan yang tinggi tinggi dalam kunisa dan mumbri slam dalam pasar.

44Karamlah bagiemu, khatib khatib dan orang orang Faresia hie munafik! kurna adalah kamu sapurti kubor kubor yang tiada klihatan, adapun orang yang mulalui akan dia itu tiada mungataui akan dia.

45Sutlah itu maka jawab sa'orang hakim, surta burkata kapadanya, Guru, purkataan yang dumkian angkau munchula akan kami pun.

46Maka katanya, Karamlah bagiemu pun, angkau hakim hakim! kurna kamu mumbubohkan kaatas manusia tanggong tanggongan yang amat sangat ditanggong, dan kamu sundiri tiada munjamah akan tanggongan itu dungan satu jarimu

47Karamlah bagiemu! kurna kamu mumbaiki kubor nabi nabi, dan nenek moyangmu mumbunoh akan marika itu.

48Dungan sa'bunarnya kamu munjadi saksi, iya itu mululuskan purbuatan nenek moyangmu: kurna sunggoh marika itu mumbunoh dia orang, maka kamu mumbaiki kubor kubornya.

49Maka subab itulah dinyatakan ulih hikmat Allah, bahwa aku akan munyurohkan nabi nabi dan rasul rasul, kapada marika itu, dan sa'tungah deri pada marika itu akan dibunohnya surta diannyayakannya:

50Supaya darah sagala nabi nabi itu, yang tulah ditumpahkannya deripada purmulaan dunia ini, kulak akan didawa kapada katurunan ini;

51Deripada darah Habel sampielah kapada darah Zakaria, yang tulah dibinasakannya diantara tumpat pursumblehan dan kaabah: maka sasunggohnya aku burkata kapadamu, Maka iya itu kulak akan didawa atas katurunan ini.

52Karamlah bagiemu, hakim hakim! kurna kamu tulah mumbawa purgi akan anak konchi pungatauan itu: kamu sundiri pun tiada masok, dan orang yang handak masok itupun kamu sangkalkan.

53Maka tungah Isa burkata kata akan sagala purkara ini kapada marika itu, maka khatib khatib dan orang orang Faresia itupun muminta turlalu sangat, surta munggalakkan dia supaya burtutur banyak purkara.

54Dinantikannya, dan dicharikannya jalan handak munangkap purkataan yang kluar deripada mulutnya, supaya handak disalahkannya akan dia.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran