Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 16 >> 

1DAN lagi kata Isa pula kapada murid muridnya, Maka adalah sa'orang kaya anu, yang ada sa'orang jurukonchinya; maka iya itu tulah munudoh akan dia mumburuskan barang barangnya.

2Maka dipanggilnya akan dia surta katanya, Bagimanakah itu aku munungar ini deripadamu? brilah kira kira deri hal jawatanmu; kurna angkau ta'bulih lama lagi munjadi jurukonchi.

3Sutlah itu maka burfikerlah jurukonchi itu dalam hatinya, Apakah aku handak buat? kurna tuanku tulah mungambil deripada aku akan jawatan ini: aku ta'bulih munggali; minta sudukah pun aku malu.

4Maka tuntulah aku handak burbuat ini, maka apabila aku dipuchatnya deripada jawatanku itu, bulihlah ditrima ulih orang orang akan daku kudalam rumah rumahnya.

5Maka dungan hal yang dumkian dipanggilnyalah skalian hutang hutangan tuannya, maka katanya kapada yang purtama, Brapakah hutangmu kapada tuanku?

6Maka katanya, sratus sukatan minyak. Maka katanya kapadanya, Ambillah suratmu, duduklah Lukas, tulislah lima puloh.

7Sutlah itu katanya kapada yang lain, Brapakah ada hutangmu? Maka jawabnya, sratus sukatan gandom. Maka katanya kapadanya, Ambillah suratmu, dan tulislah dulapan puloh.

8Maka tuannya itupun mumujilah akan jurukonchi helat itu, subab iya tulah burbuat dungan akal: kurna orang dunia ini dalam katurunannya itu turlebih burakal deripada anak anak trang.

9Maka aku burkata kapadamu, Jadikanlah bagie dirimu sahabat sahabat kapada kakayaan yang tiada bunar; supaya apabila angkau rugi kulak, bulihlah angkau ditrima kudalam kadudukkan yang kukal.

10Adapun orang yang sutiawan dalam purkara yang sudikit itu, maka iya itu kulak sutiawan juga dalam purkara yang banyak: maka orang yang tiada bunar dalam purkara yang sudikit itu, maka iya itu kulak tiada bunar kapada purkara yang banyak.

11Maka subab itu jikalau angkau tiada sutiawan akan kakayaan yang tiada bunar itu, siapakah kulak akan munyurahkan kapadamu kakayaan yang bunar itu?

12Maka jikalau kiranya angkau tiada bunar kapada yang dipunyai orang lain, siapakah kulak akan mumbri kapadamu yang angkau punya sundiri?

13Tiada bulih sa'orang hamba itu burtuankan dua orang: kurna dapat tiada kulak iya mumbunchi akan salah suatu, dan mungasihi suatu; atau iya pugang akan suatu, dan dibunchikannya yang lain, Tiada bulih kamu munjadi hamba kapada Allah dan kakayaan dunia itu.

14Maka orang Faresia pun yang ada munaroh loba, munungar akan sagala purkara purkara ini: dan marika itu munistakan akan dia.

15Maka katanya kapada marika itu, Kamulah juga yang mumbunarkan dirimu sundiri dihadapan manusia; tutapi dikutaui Allah akan hatimu: kurna purkara yang sangat diindahkan ulih manusia itulah kabunchian kapada fihak Allah.

16Adapun tauret dan surat nabi nabi itu, iya itu sampie kapada Yahya: maka deripada zaman itu krajaan Allah itu tulah dimashorkan, maka tiap tiap orang mungasak akan dia.

17Maka turlebih sunanglah kiranya langit dan bumi ini dilalui, deripada satu nokta deripada tauret dihilangkan.

18Maka barang siapa mumbuangkan bininya, dan kahwen kapada yang lain, maka iya itu burzinah: maka barang siapa yang kahwen dungan prumpuan yang dibuangkan ulih lakinya itupun burzinah.

19Maka adalah disana sa'orang kaya anu, yang tulah mumakie pakiean ungu dan khasa nipis, dan makan pada tiap tiap hari dungan lazatnya:

20Maka adalah sa'orang anu muminta sudukah yang burnama Lazarus, yang ada turlutak dipintu luarnya, punoh dungan luka luka.

21Maka iya itu ingin handak makan akan sisa sisa yang jatoh deripada meja orang kaya itu: dan lagi pula anjing anjing datang munjilat luka lukanya itu.

22Maka skali purstua, maka matilah orang yang minta sudakah itu, maka iya itu diangkat ulih maliekat maliekat dibawanya karibaan Ibrahim: maka orang kaya itupun matilah, lalu ditanamkan.

23Maka dalam naraka diangkatnya matanya, ulih Subab sangsaranya itu, maka dilihatnya Ibrahim deri jauh, dan Lazarus itu dalam ribaannya.

24Maka bursrulah iya surta burkata, Bapa Ibrahim, kasihankanlah akan daku, surohkanlah Lazarus itu supaya dichulopkannya hujung jarinya dalam ayer, akan munyujokkan lidahku; kurna aku sangsara dalam nyala ini.

25Tutapi kata Ibrahim, Anak, ingat, maka angkau pada masa hidopmu tulah munurima bundamu yang baik baik, maka dumkian lagi Lazarus itu munurima bunda yang jahat jahat: tutapi skarang iya dihiborkan, maka angkau disangsarakan.

26Maka tambahan lagi, adalah diantaramu dungan kami suatu kluburan turhantar: maka subab itulah tiada dapat dilalui ulih orang deri sini katumpatmu itu; atau orang deri sana mulalui datang kamari.

27Sutlah itu maka kata orang kaya itu, Aku mintalah kapadamu, bapa, supaya angkau surohkan dia karumah bapaku:

28Kurna adalah bagieku lima orang saudara; supaya bulih iya munyatakan kapada marika itu, asal janganlah marika itupun masok kudalam tumpat sangsara ini.

29Kata Ibrahim kapadanya, adalah kapada marika itu surat Musa dan nabi nabi; biarlah marika itu munungar akan purkataannya.

30Maka katanya, Tidak, bapa Ibrahim: tutapi jikalau kiranya sa'orang deripada orang mati purgi kapada marika itu, nantilah marika itu burtaubat.

31Maka katanya kapadanya, Jikalau marika itu tiada mau munungar akan purkataan Musa dan nabi nabi, ta'kan bulih diajakan, miskipun ulih sa'orang yang burbangkit deripada matinya?


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran