Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 2 >> 

1MAKA pada sa'kali purstua dalam zaman itu, kluarlah suatu hukum deri Kesar Agustus, iya itu sagala dunia patutlah kuna chukie.

2(Adapun chukie itu tulah jadi deripada mula mula tutkala Kirenius munjadi pumrentah di Syria.)

3Maka sagala orang pun purgilah masing masing kanugrinya akan dichukienya.

4Maka Yusof pun purgilah deri Galilia, kluar deripada nugri Nazareth, kapada Yahuda, dalam nugri Daud, yang burnama Bethlehem; (kurna adalah iya itu deri kalorga dan katurunan Daud:)

5Akan dichukienya dungan Muriam tunangannya, tungah ada iya mungandong sarat.

6Hata maka dungan hal yang dumkian, sa'muntara ada marika itu disana, maka hari pun gunaplah, yang patut iya buranak.

7Maka buranaklah iya akan anaknya yang sulong, sa'orang anak laki laki, maka dibungkusnya akan dia dungan kain budong, lalu dibawanya masok kudalam kandang lumbu, kurna tiada ada burtumpat pada marika itu dalam rumah munumpang.

8Maka adalah dalam nugri itu juga gombala gombala kambing itu tinggal dalam padang, iya itu munjaga akan kawan kawan kambingnya pada malam.

9Maka sasunggohnya datanglah maliekat Tuhan atas marika itu, dan kamulian Tuhan pun burchayalah burkuliling marika itu: maka marika itu skalian kutakutanlah sangat.

10Maka burkatalah maliekat itu kapada marika itu, Janganlah takut: kurna, sasunggohnya aku mumbawa kapada kamu khahar yang baik yang mundatangkan kasukaan yang busar, iya itu akan jadi kapada sagala kaum.

11Kurna kapada kamu tulah jadi pada hari ini, dalam nugri Daud sa'orang Punulong, maka iya itulah Almasih Tuhan itu.

12Maka inilah tandanya kapada kamu; maka kamu akan mundapat kanak kanak itu burbalut dungan kain budong, turlutak dalam suatu kandang.

13Maka sa'kunyung kunyung adalah disana bursama sama dungan maliekat suatu bulatantara deri langit burpasukan mumuji Allah, maka katanya,

14Pujilah akan Allah dalam katinggiannya, dan sa'jahtralah diatas bumi, kabajikan bagie manusia.

15Subarmula maka sutlah sudahlah maliekat itu kumbali deri pada marika itu kalangit, maka burkatalah gombala gombala itu sa'orang kapada sa'orang, Skarang biarlah kita purgi maski kaBethlehem, surta kita lihat purkara yang tulah jadi, yang tulah dibri tau ulih Tuhan kapada kita.

16Maka marika itu pun datanglah dungan gopohnya, maka didapatinya Muriam, dan Yusof, dan kanak kanak itupun adalah burbaring dalam kandang.

17Maka apabila di lihat ulih marika itu akan dia, dimashorkanlah ulih marika itu akan purkataan yang tulah dikatakan kapadanya deri hal kanak kanak itu.

18Maka sagala marika itu yang munungar itu, hieranlah akan purkara purkara yang tulah dikatakan ulih gombala gombala itu kapada marika itu.

19Tutapi ditarohlah ulih Muriam akan sagala purkara itu dalam hatinya, sambil iya burfikir fikir.

20Maka gombala gombala itupun kumbalilah, sambil mumuliakan dan mumuji Allah, subab sagala purkara yang tulah didungar surta dilihatnya, sapurti yang tulah dikatakan kapadanya.

21Maka apabila dlapan hari tulah gunaplah, supaya budak itu akan disunatkan, maka dinamai akan dia ISA, yang tulah dinamai dumkian ulih maliekat turdahulu deripada iya lagi digandongkan dalam prot.

22Maka apabila sudah lupas hari suchi maknya sapurti hukum Musa itu, maka dibawalah ulih marika itu akan dia kanugri Jerusalem, handak dihadapkan kapada Tuhan.

23(Sapurti yang turtulis dalam hukum Tuhan, skalian laki laki yang kluar deri prot, iya itu akan disubut suchi kapada Tuhan;)

24Dan akan dipursumbahkan suatu khorban sapurti yang tulah tursubut dalam hukum Tuhan, Sa'pasang tukukur atau dua ekor anak murpati.

25Maka sasunggohnya adalah sa'orang dalam Jerusalem, yang burnama Simon; maka iya itu sa'orang yang bunar lagi burbakti, adalah iya tungah munantikan punghiboran Israel itu: maka Roh Alkudus adalah kapadanya.

26Maka tulah dinyatakan kapadanya ulih Roh Alkudus, maka tiadalah kulak iya akan mulihat kumatian, sa'bulom iya mulihat akan Almasih Tuhan.

27Maka datanglah iya dungan kuasa Roh kudalam kaabah: apabila dibawalah ulih ibu bapanya akan Isa, kanak kanak itu handak dipurbuat akan dia sapurti adat tauret.

28Lalu diambil ulih Simon akan dia didukongnya, sambil mumuji Allah, surta katanya,

29Tuhan, skaranglah kiranya biar hambamu kumbali dungan sajahtranya, sapurti furmanmu:

30Kurna mataku tulah mulihat slamatmu,

31Yang tulah angkau sudiakan dihadapan muka sagala kaum;

32Iya itu suatu trang akan munurangkan orang susat, suatu kumulianlah kapada kaummu Israel.

33Maka Yusof surta bondanyapun hieranlah akan purkara itu yang tulah dikatakan deri halnya

34Maka Simon pun mumbri burkat kapada marika itu, sambil burkata kapada Muriam bondanya, Sasunggohnya kanak kanak ini ditaroh subab binasa dan slamat, kabanyakkan dalam Israel; dan kurna suatu alamat kulak akan dijahatkan;

35(Bahkan, sa'bila pudang yang akan masok trus jiwamu sundiri pun,) supaya fiker fikeran hati kubanyakkan orang akan dinyatakan.

36Maka adalah sa'orang yang burnama Anna, iya itu sa'orang nabi prumpuan, anak Phanuel, iya itu bangsa deripada Aser: maka adalah iya itu banyak umur, maka iya diam dungan sa'orang suami tujoh tahun deripada datang akal;

37Maka iya itu sa'orang prumpuan bujang, umurnya adalah kira kira dulapan puloh ampat tahun, maka tiadalah iya kluar kluar deri kaabah, mulainkan burbuat hibadat kapada Allah dungan puasa dan sumbahyang pada malam dan siang.

38Maka datanglah iya dungan sasahat itu, iya pun mumbri trima kasih kapada Tuhan, dan burkata kata deri halnya kapada sagala marika itu yang munantikan punubusan dalam Jerusalem.

39Shahadan maka apabila sudahlah marika itu burbuat sagala purkara sapurti hukum Tuhan, maka kumbalilah marika itu kudalam Galilia, kapada iya itu Nazareth nugri marika itu sundiri.

40Subarmula maka kanak kanak itupun churdeklah, burtambah tambah kuat dungan dalam akal punuhlah iya dungan hikmat: maka anugrah Allah pun adalah atasnya,

41Maka purgilah ayah bondanya kaJerusalem pada tiap tiap tahun pada hari raya langkah.

42Maka apabila datanglah usianya kadada duablas tahun, purgilah marika itu kaJerusalem sapurti adat hari raya itu.

43Maka apabila sudah marika itu munggunapkan hari itu, maka marika itu pun kumbalilah, maka Isa kanak kanak itu, muninggalkan dirinya diblakang dalam Jerusalem; maka Yusof dan bondanya pun tiadalah tau itu.

44Tutapi ulih subab sangka marika itu, ada iya bursama sama, maka purgilah marika itu sa'jauh sa'hari purjalanan; maka dicharilah ulih marika itu akan dia diantara kalorga kalorganya, dan kunal kunalannya itu.

45Maka apabila tiadalah didapat ulih marika itu akan dia, burbaliklah marika itu pula kaJerusalem, munchari akan dia.

46Shahadan mata kumdian deripada tiga hari, maka didapatilah ulih marika itu akan dia dalam kaabah, iya itu duduk ditungah tungah pundita pundita, munungarkan purkataannya, dan burtanya sual sual kapadanya.

47Maka sagala orang yang munungar akan purkataannya itupun ajaiblah akan pungatauannya dan jawab jawabnya.

48Maka apabila dilihat ulih marika itu akan dia hieranlah: maka kata bondanya kapadanya, Anak, mungapakah angkau burbuat laku kapada kami dumkian? tengoklah, bapamu dan aku munchari angkau dungan bursusah susah.

49Maka katanya kapada marika itu, Bagimanakah kamu ini munchari akan daku? ta'maukah angkau yang aku handak burbuat pukrajaan Bapaku?

50Maka tiadalah marika itu mungurti akan purkataan yang dikatakannya kapada marika itu.

51Maka purgilah iya bursama sama dungan marika itu, maka datanglah kaNazareth, surta munalokkan dirinya kapada marika itu: tutapi bundanya munarohlah sagala purkataan ini dalam hatinya.

52Maka Isa pun burtambah tambahlah dalam hikmat dan churdeknya, dan dalam kasihan Allah dan manusia.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran