Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 22 >> 

1SUBARMULA maka hari raya roti tiada buragi itupun tulah hampirlah, yang burnama langka.

2Maka kupala kupala imam dan khatib khatib itu munchari jalan bagimana marika itu handak mumbunoh akan dia; subab marika itu takut akan kaum itu.

3Sutlah itu maka masoklah Shietan kudalam hati Juda yang burgular Iskariot, maka iya itu dalam bilangan kaduablas murid.

4Maka burjalanlah iya, lalu mufakat dungan kupala kupala imam dan punghulu punghulu, bagimana iya handak surahkan akan Isa kapada marika itu.

5Maka sukalah marika itu, surta mumbuat purjanjian akan mumbri wang kapadanya.

6Maka burjanjilah iya, surta munchari kutika yang baik handak munyurahkan dia kapada marika itu pada masa tiada bulatantara.

7Maka hari roti yang tiada buragi itupun sampielah, apabila langka itu patut dikorbankan.

8Maka disurohkan Isa Petros dan Yahya, katanya, Purgilah sa'diakan bagie kami langka itu, supaya bulih kita makan.

9Maka kata marika itu kapadanya, Dimanakah angkau kahandaki kami sa'diakan.

10Maka katanya kapada marika itu, Sasunggohnya apabila kamu masok kudalam nugri, maka disana kamu akan burtumu dungan sa'orang, mumbawa sa'buyong ayer; ikutlah akan dia sampie karumah yang dimasokinya.

11Maka katalah kamu kapada orang yang ampunya rumah itu, Adapun Guru tulah burkata kapadamu, Dimana bilek purjamuan yang aku akan mumakan langka surta murid muridku?

12Maka iya kulak akan mungunjukkan kapada kamu sa'buah bilek busar diatas turbias: disanalah sa'diakan.

13Maka marika itupun purgilah, lalu didapatinyalah sapurti purkataan itu; maka disa'diakanlah ulih marika itu langka itu.

14Maka apabilah sampielah waktunya, duduklah iya surta duablas murid muridnya bursama sama.

15Maka katanya kapada marika itu, Dungan niat kukahandaki mumakan langka ini dungan kamu dahulu deripada aku disangsarakan:

16Kurna aku burkata kapada kamu, tiadalah lagi aku akan mumakan akan dia, sahingga iya itu digunapkan dalam krajaan Allah.

17Maka diambilnya chawan itu, sambil munguchap shukur, surta katanya, Ambillah ini, burbahgilah diantara kamu:

18Kurna aku burkata kapadamu, Tiada aku akan muminum deripada anggor ini, sahingga kulak akan datang krajaan Allah.

19Maka diambilnya roti, surta munguchap shukur, lalu dipuchanya, surta dibrikannya kapada marika itu, katanya, Inilah tubohku yang tulah dibri kurna kamu: jadikanlah ini puringatan akan daku.

20Dumkian lagi pula chawan itu sutlah sudah makan, katanya, Adapun chawan inilah purjanjian bahru deripada darahku, yang tulah turtumpah subab kamu.

21Tutapi sasunggohnya adapun tangan yang munyurahkan aku itu, iya itu ada dungan aku diatas meja ini.

22Maka sasunggohnya Anak manusia akan purgi, sapurti yang dituntukan: tutapi karamlah bagie orang itu yang munyurahkan dia.

23Maka marika itupun mumulailah burtanya antara sama sundirinya, yang manakah deripada marika itu yang akan kulak burbuat purkara itu.

24Maka adalah suatu purbantahan pula diantara marika itu, yang manakah deripada marika itu kulak patut dibilangkan turlebih busar.

25Maka kata Isa kapada marika itu, Adapun raja raja orang susat itu mulakukan katuanannya diatas marika itu; dan orang yang mulakukan kuasa atas marika itu, maka iya itu dinamai Pungasihan pungasihan.

26Tutapi kamu jangan jadi bugitu: mulainkan yang turlebih busar diantara kamu itu, biarlah iya munjadi sapurti yang turlebih kuchil; maka orang yang kupala itu, sapurti orang yang mulayani.

27Kurna yang manakah turlebih busar itu, orang yang duduk makankah, atau orang yang mulayanikah? bukankah iya itu yang duduk makan? tutapi aku diantara kamu itu sapurti yang mulayani.

28Kamulah dia yang ada slain dungan aku tutkala aku kurna purchobaan purchobaan.

29Maka aku tuntukan kapada kamu suatu krajaan, sapurti yang dituntukan ulih Bapaku kapada aku:

30Maka supaya kamu makan dan minum, pada hidanganku dalam krajaanku, dan duduk diatas tahkta thakta, munghukomkan duablas kaum bani Israel.

31Maka kata Tuhan, Simon, Simon, sasunggohnya Sheitan tulah munghandaki mundapat dikau supaya bulih ditapisnya dikau sapurti tupong:

32Tutapi aku mumintakan doa bagiemu, supaya imanmu jangan hilang: maka apabila kamu tulah burbalik, tugohkanlah akan saudara saudaramu.

33Maka katanya kapadanya, Tuhan, adalah aku sudia akan purgi bursama sama dikau, baik kudalam punjara, baik kapada mati.

34Maka kata Isa, Aku burkata kapadamu, Petros, ayam jantan tiada akan burkokok pada hari ini, kalau sa'bulom tiga kali angkau bursangkal dungan tiada mungunal aku.

35Maka kata Isa kapada marika itu, Apabila aku munyurohkan kamu dungan tiada pundi pundi, dan baju, dan kasut, adakah kakurangan bagiemu? Maka jawab marika itu, Satu pun tidak.

36Sutlah itu maka katanya kapada marika itu, Tutapi skarang orang yang ada burpundi pundi itu, biarlah diambilnya, dumkian lagi bajunya; maka orang yang tiada burpudang biarlah dijualnya bajunya, dan mumbuli sa'bila.

37Kurna aku burkata kapadamu, adapun yang tulah turtulis itu, maka iya itu dapat tiada kulak akan digunapi bagieku, Maka iya tulah dibilangkan diantara orang orang yang bursalah: kurna adapun purkara purkara deri halku itu kulak akan datang kasudahannya.

38Maka kata marika itu, Tuhan, sasunggohnya adalah disini dua bila pudang. Maka katanya kapada marika itu, Chukoplah.

39Maka kluarlah iya, lalu purgi, sapurti adatnya, kabukit Zeiton; maka murid muridnya pun mungikutlah akan dia.

40Maka apabila datanglah iya katumpat itu, katanya kapada marika itu, Mintalah doa supaya kamu jangan turmasok kudalam purchobaan.

41Maka adalah iya jauh sadikit deripada marika itu kira kira sa'pungumban batu, lalu burtulutlah iya, surta muminta doa,

42Katanya, Bapa, jikalau kiranya angkau kahandaki, mumindahkan piala ini deripadaku: miskipun itu, bukannya dungan kahandakku, mulainkan kahandakmu jadilah.

43Maka klihatanlah padanya sa'orang maliekat deri langit, mungwatkan akan dia.

44Maka dalam sungsara iya muminta doa turlebih rajin: maka pulohnya pun burtiteklah sapurti darah jatoh kabumi.

45Maka apabila bangunlah iya deripada muminta doa; surta datang mundapatkan murid muridnya, maka didapatinya marika itu tidor kurna susah,

46Maka katanya kapada marika itu, Mungapakah kamu tidor? bangun mintalah doa, supaya jangan kamu masok kudalam purchobaan.

47Maka sa'muntara lagi iya burkata burkata, hieran suatu bulatantara datang, maka adapun Juda, sa'orang deripada duablas muridnya, burjalan dihadapan marika itu, maka datanglah dukat kapada Isa dichiumnya akan dia.

48Tutapi Isa burkata kapadanya, Juda, angkau surahkanlah akan Anak manusia dungan satu chium?

49Maka apabila marika itu yang ada burkliling dia mulihat apa jadi, kata marika itu kapadanya, Tuhan, kami chinchangkah dungan pudang?

50Maka sa'orang deripada marika itu munyinchang akan hamba imam busar itu, putuslah tulinga kanannya.

51Maka jawab Isa surta burkata, Chukoplah sudah. Lalu dijamahnya akan tulinganya, surta disumbohkannya akan dia.

52Sutlah itu maka kata Isa kapada kupala kupala imam, dan punghulu punghulu kaabah dan orang tua tua, yang ada datang kapadanya, Kamu kluar sa'olah olah mulawan sa'orang punchurikah, dungan pudang dan kayu kayu?

53Apabila aku ada sa'hari hari dungan angkau dalam kaabah, maka tiadalah kamu munaikkan tangan mulawan aku: tutapi inilah waktumu, dan kuasa kaglapan.

54Sutlah itu ditangkap, ulih marika itu akan dia, surta ditariknya dibawanya karumah imam yang busar. Maka diikutlah ulih Petros jauh jauh.

55Maka apabila sudah marika itu munyalakan suatu api ditungah halaman itu, maka duduklah marika itu skalian bursama sama, Petros pun duduklah diantara marika itu.

56Maka dilihat ulih sa'orang dayang anu tungah iya duduk dukat api itu, diamat amatinya akan dia, lalu katanya, Orang ini pun ada bursama sama juga dungan dia.

57Maka bursangkallah iya akan dia, katanya, Hie prumpuan, aku tiada kunal akan dia.

58Maka sutlah lalu sa'buntar, dilihat ulih orang lain akan dia katanya, Angkau pun busurta juga dungan dia. Maka kata Petros, Hie orang, bukannya aku.

59Maka adalah kira kira sa'jam lamanya kumdian sa'orang lain mungatakan dungan tuntunya, katanya, Dungan sa'bunarnya iya inipun bursama dungan dia: kurna iya ini sa'orang orang Galilia juga.

60Maka kata Petros, Hie orang, aku tiada tau apa katamu. Maka sa'kutika itu juga sa'muntara iya lagi burkata kata, maka ayam pun burkokoklah.

61Maka Tuhan burpaling, surta mulihat kapada Petros. Maka Petros pun turingatlah akan purkataan Tuhan itu, bagimana iya tulah burkata kapadanya, Dahulu deripada ayam burkokok angkau akan munyangkali aku tiga kali.

62Maka Petros purgilah kluar, lalu munangislah iya amat sangat.

63Adapun orang yang mumuggang Isa itupun mungolok olokkan dia, dan dipalunya akan dia.

64Maka apabila sudah diikatnya matanya, ditamparnya mukanya, lalu ditanyanya akan dia, katanya, Nabuatkanlah, siapakah yang tulah munampar angkau?

65Maka banyaklah purkara lain lain marika itu burtutor hujat mulawan dia.

66Maka surta hari siang, orang tua tua deripada kaum dan kupala kupala imam, dan khatib khatib datanglah burkampong, lalu dibawanya akan dia kudalam mujulisnya, katanya,

67Angkaukah Almasih? katalah kapada kami. Maka katanya kapada marika itu, Jikalau aku kata kapadamu, tiada kamu akan purchaya:

68Maka jikalau aku pun burtanya kapada kamu, kamu tiada akan mumbri jawab akan daku, atau mulupaskan aku.

69Tutapi kumdian kulak Anak manusia duduk disublah tangan kanan kuasa Allah.

70Sutlah itu kata marika itu skalian, Kalau bugitu angkaukah Anak Allah? Maka katanya kapada marika itu, Angkau sudah kata aku dia itu.

71Maka kata marika itu, Apakah gunanya lagi saksi? kurna kami sundiri tulah munungar deripada mulutnya sundiri.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 22 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran